aaron aziz beri komen populariti fattah 1

Kredit foto: Youtube DivaGojes 17 

Adat dalam industri hiburan, ada masa seseorang selebriti itu berada di atas, dan tiba masanya dia perlu akur memberikan ruang kepada bakat yang lain.

Dalam bidang lakonan contohnya, jika suatu masa dahulu pelakon Aaron Aziz menjadi rebutan para pengarah dan penerbit untuk melakonkan babak-babak romantis, namun kini tempat tersebut bagai sudah diambil alih oleh aktor muda, Fattah Amin.

Ketika diminta mengulas tentang senario tersebut, Aaron dilihat tenang dan tidak mudah melatah. Ujarnya, dia tidak sekalipun menyimpan perasaan cemburu, malah menganggap kejayaan seseorang itu sebagai rezeki yang diberikan Tuhan.

aaron aziz beri komen populariti fattah 2

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi. Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. Ia sesuatu yang subjektif.

Sumber: Mstar

Memang benar apa yang dikatakan Aaron, semuanya adalah berlandaskan rezeki. Malah bakat seseorang pelakon terlalu subjektif untuk dinilaikan, masing-masing punya keupayaan sendiri dalam melakonkan gaya watak tertentu. 


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)