erma fatima komen lakonan fattah amin 1

Kredit foto: Instagram Erma Fatima & Instagram Fattah Amin

Sutradara Erma Fatima menyifatkan lakonan Fattah Amin dan Janna Nick dalam drama rantaian Coffee Prince sebagai 'comel'.

"Aku layan cerita ini. Comel si Janna dengan Fattah ni," tulis Erma di akaun Instagramnya, semalam.

erma fatima komen lakonan fattah amin 2

Kredit foto: Instagram Erma Fatima

Bagaimanapun, ruangan komen entri itu menjadi hangat apabila netizen mula bertelagah dengan peminat tegar Fattah.

Adegan perang itu tercetus apabila seorang netizen mengkritik lakonan Fattah yang dikatakan masih 'kayu' dan tidak pandai berlakon.

Erma tampil mempertahankan aktor muda itu dengan berkata:

"Mana ada 'kayu'. Okaylah. Hendak macam mana lagi? Sudah karakter biasa macam tu. Bukan nak membela, tetapi kenyataan.

"Fattah boleh berlakon. Mungkin belum dapat watak yang lebih mencabar."

Menidakkan kata-kata Erma, individu berkenaan masih dengan pendiriannya yang menganggap lakonan Fattah teruk.

Lantas, penyokong Fattah bangkit bersuara dan berbalas komen dengan netizen untuk mempertahankan pelakon kesayangan mereka itu.

Biarpun lakonan Fattah mendapat pujian beberapa pengarah, masih ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan pencapaiannya dan berterusan melabelkan beliau dengan gelaran 'pelakon kayu'.

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)