fatimah aishah fath nama anak fattah amin dan fazura

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Mengaku sudah memilih nama dua anaknya, aktor hangat Fattah Amin mendapat idea itu ketika mengerjakan Umrah di Makkah bersama isterinya, Nur Fazura pada awal November lalu.

Dedah Fattah, dua nama yang dipilih ialah Fatimah Aishah untuk cahaya mata perempuan, manakala Fath untuk anak lelaki.

"Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu.

"Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura," katanya.

Fattah membuat kenyataan tersebut sewaktu ditemubual dalam segmen Johara Pagi Era, Era FM, pagi tadi. 

fatimah aishah fath nama anak fattah amin dan fazura 2

Kredit foto: Instagram Era FM

Beliau diundang untuk mempromosikan drama terbaharunya, My Coffee Prince.

Dalam pada itu, pelakon Ketupat Palas Mr Handsome ini berkata, buat masa ini dia sedang berehat daripada industri hiburan serta bakal berbulan madu dengan Fazura di United Kingdom dalam masa terdekat.

"Saya sedang bercuti dan akan berbulan madu dahulu, kemudian sibuk dengan persiapan resepsi kami pada Januari depan," ujarnya.

Terdahulu, pasangan Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di hotel terkemuka, di ibu negara.

Mereka terlebih dahulu bertunang pada 13 November lalu di rumah keluarga Fazura.

Pasangan ini berkenalan ketika sama-sama membintangi drama rantaian Hero Seorang Cinderella.

Sumber berita: Mstar 

tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)