Umum tahu bahawa profesion guru bukanlah sesuatu yang mudah dewasa ini. Namun, guru-guru masih berdiri teguh dalam memperjuangkan nasib anak bangsa dengan tak pernah berhenti menabur bakti.

Bagi mereka yang sentiasa berjuang, guru-guru ini sentiasa mencari idea bagi menambahbaik mutu akademik dan pengajaran di sekolah-sekolah di Malaysia.

Baru-baru ini satu berita yang sangat membanggakan rakyat Malaysia, apabila seorang guru Bahasa Inggeris dari Malaysia telah memenangi anugerah di "International Innovation and Entrepreneurship Excellence in Teaching Award 2017".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mohd Sirhajwan Idek yang merupakan guru di Kolej Vokasional Keningau, Sabah telah mengalahkan 9 finalis yang lain dari Rusia, Jerman, Kanada, Denmark, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Colombia. Sebanyak 29 kajian terbaik dari seluruh dunia dinilai terlebih dahulu, dan 15 daripadanya dijemput untuk menghantar kajian penuh untuk memilih 10 yang terbaik.

mohd sirhajwan di paris

Ia merupakan satu pencapaian yang tidak dapat digambarkan oleh beliau, dan ketika ditemuramah oleh Zaharah Othman, beliau kelihatan tidak dapat menyembunyikan kegembiraanya.

"Anugerah ini merupakan satu perkara yang sangat bermakna bagi negara saya Malaysia. Ia telah membuktikan bahasa sistem pendidikan di Malaysia setaraf dengan negara-negara maju, dan kini Malaysia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa,".

guru yang menjadi contoh

Majlis penghargaan tersebut dianjurkan oleh Academic Conference and Publishing International (ACPI- organisasi bertanggungjawab mengendalikan perhimpunan penyelidik akademik antarabangsa, serta mendorong penyelidikan akademik cemerlang melalui penerbitan) di Novancia Business School di Paris, Perancis pada 21 dan 22 September.

Sebagai pemenang anugerah ini, beliau dianugerahkan sijil penghargaan dan juga keahlian Persatuan Antarabangsa untuk Pengurusan Inovasi Profesional (ISPIM) untuk setahun. Keahlian ini membolehkan Mohd Sirhajwan turut serta dalam program yang dianjurkan organisasi itu di Melbourne dan Boston dalam tempoh yang diberikan.

ketika memenangi anugerah biasiswa macmillian

anugerah guru global

Walaubagaimanapun, ia bukanlah kejayaan pertama bagi guru hebat ini di peringkat antarabangsa. Mohd Sirhajwan sebelum ini pernah memenangi anugerah di Macmillan Teachers di My Heart tahun 2016, Express Publishing IATEFL Scholarship pada tahun 2017 dan juga National Teacher Icon Award juga pada tahun ini.

Tak cukup dengan itu, beliau juga telah dicalonkan sebagai Top 50 finalis bagi Global Teacher Prize 2017.

top 50 hadiah guru global

Bagi anugerah yang digondol Mohd Sirhajwan ini, beliau telah menghantar kajiannya mengenai konsep Pembelajaran Berasaskan Projek dimana para pelajar dapat mengembangkan dan melaksanakan idea mereka seterusnya menggalakkan mereka menceburkan diri dalam inovasi dan keusahawanan.

Prokej tersebut diterima pada peringkat pertama, kedua, finalis Top 10, dan kemudiannya Top 3 sebelum beliau diisytiharkan sebagai pemenang. Ia membuktikan bahawa kita mampu untuk bersaing di mata dunia, seperti yang dikatakan oleh beliau :

"Saya sangat teruja kerana ia merupakan peringkat antarabangsa. Ia membuktikaan bahawa tak kiralah dari mana anda datang dan siapa diri anda, tak ada apa yang boleh menghalang anda daripada merealisasikan impian anda serta menakluki dunia,".

Ia sudah tentu menjadi inspirasi bagi semua rakyat Malaysia terutamanya para guru dalam meningkatkan lagi mutu pengajaran dan usaha ke arah membentuk remaja peneraju masa depan kita.

Sumber:

1. NST

2. Suara




Hakcipta iluminasi.com (2017)