Populariti Eddie Woo hanya kian meningkat sejak 12 bulan yang lalu walaupun beliau telah lama melancarkan saluran Youtubenya, "Wootube" dan memenangi pelbagai anugerah.

eddie woo anak migran diangkat menjadi hero guru mahaguru matematik australia 6

Awal tahun ini, Eddie terpaksa menyekat air matanya dan memeluk isterinya tatkala Perdana Menteri Australia mengumumkan yang beliau adalah Australia's Local Hero bagi 2018.

Beberapa minggu selepas itu, Bill Gates pula mengumumkan yang Eddie merupakan salah seorang 10 finalis untuk memenangi hadiah USD1 juta bagi Global Teacher Prize 2018. Walaupun tidak memenangi anugerah itu, pencalonannya sebagai 10 yang terbaik sudah cukup membuktikan kehebatannya. 

eddie woo anak migran diangkat menjadi hero guru mahaguru

Bagi Eddie dan isterinya, Michelle, tempoh 12 bulan yang lalu merupakan satu keajaiban bagi mereka.

Awal Mac 2018, Premier Gladys Berejiklian telah mengumumkan jawatan baru Eddie sebagai "Mahaguru" di Jabatan Pendidikan New South Wales. Sebagai pelopor inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, Eddie perlu menjelajah ke seluruh negeri, menjadi mentor kepada pelajar dan guru-guru lain.

eddie woo anak migran diangkat menjadi hero guru mahaguru matematik australia

Dalam pada masa yang sama, beliau masih mengekalkan kerjaya sebagai guru matematik di Sekolah Tinggi Teknologi Cherrybrook di pinggir bandar Sydney. Apabila Eddie mempunyai kerja luar untuk berkongsi keghairahannya dalam Matematik dengan semua orang sekitar Australia, guru-guru lain akan membantu menggantikan waktu pengajarannya di sekolah.

Menurut Luke Woodward, seorang pelajar Tahun 12 dari Sekolah Tinggi Wade di Griffith, Eddie membuktikan yang matematik bukanlah suatu kerja yang susah dan memeningkan seperti masalah nombor dan algebra semata-mata. Eddie mengajar anak-anak muridnya bahawa matematik sebenarnya adalah suatu mata pelajaran yang amat menyeronokkan.

eddie woo anak migran diangkat menjadi hero guru mahaguru matematik australia 3

Eddie yang dilahirkan di Sydney dibesarkan oleh ibu bapanya yang berhijrah ke sana dari Malaysia. Semasa membesar, Eddie sering menjadi mangsa buli dan rasis kerana 'berbeza' daripada rakan-rakan yang lain. Ibu bapanya sering perlu memujuk Eddie untuk ke sekolah dan mengingatkannya bahawa mereka berada di negara itu kerana ia mampu mengubah hidup dan masa depan Eddie.

Kini, impian dan cita-cita ibu bapa Eddie sudah terlaksana. Daripada kehidupan sebagai anak pasangan migran dan seorang guru biasa, Eddie telah diangkat menjadi hero bagi seluruh warga Australia.

eddie woo anak migran diangkat menjadi hero guru mahaguru matematik australia 5

Sebelum dikenali ramai, Eddie hanyalah seorang guru matematik biasa yang amat disayangi pelajarnya di sekolah. Sehinggalah pada tahun 2012, beliau memasang kamera di dalam kelas untuk merakamkan sesi pembelajaran buat seorang pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana dalam keadaan tenat akibat kanser. Beliau memuat naik video tersebut di Youtube dan terkejut dengan sambutan yang diterima.

Saluran WooTube yang percuma itu mempunyai lebih 200,000 pelanggan dari seluruh dunia dan video-videonya telah ditonton lebih daripada 12 juta kali.

eddie woo anak migran diangkat menjadi hero guru mahaguru matematik australia 4

Pengetua Sekolah Tinggi Teknologi Cherrybrook, Gary Johnson menjelaskan bahawa Eddie adalah seorang guru yang mampu menerangkan isu matematik yang kompleks dalam bahasa yang mudah. Disebabkan itu para pelajar sentiasa datang ke saluran Youtube itu untuk belajar.

Bagi Eddie, beliau sangat sukakan komen pelajar yang mengatakan mereka membenci matematik. Beliau menganggap itu adalah cabaran peribadinya supaya berjaya mengubah pandangan pelajar-pelajar ini terhadap subjek itu.

eddie woo anak migran diangkat menjadi hero guru mahaguru matematik australia 2

Atas usaha dan sikapnya itu serta kejayaan video WooTubenya membuatkan Eddie berjaya disenaraikan sebagai finalis Global Teacher Prize yang diberikan oleh Yayasan Varkey yang berpangkalan di London. Seramai 30,000 orang guru dari 173 buah negara telah menyertai anugerah berprestij itu dan 50 guru telah disenarai pendekkan. Akhirnya, 10 finalis yang terpilih dijemput ke Dubai untuk menghadiri majlis pengumuman yang gilang-gemilang. Eddie Woo kemudian mula dikenali sebagai antara 10 orang guru terbaik di dunia.

Eddie kini terpaksa kerap berjauhan dengan keluarga atas urusan kerja dan sedang mencuba sedaya-upaya untuk mengawal tekanan serta pelbagai situasi yang dihadapi.

eddie woo anak migran diangkat menjadi hero guru mahaguru matematik australia 7

Walaupun perlu berdiri lama di hadapan 500 pelajar, saya hanya bercakap tentang perkara yang saya suka dan saya mahu semua orang juga sukakannya. Jadi, ia bukanlah satu tekanan buat saya. Kaki saya lenguh sedikit namun ia amat berbaloi. - Eddie Woo

Sumber:

1. WooTube

2. University of Sydney

3. Daily Telegraph Australia


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)