Bagi sesetengah orang, menjadi seorang guru bukanlah hanya sebagai kerjaya tetapi lebih daripada itu. Guru bukan sahaja mendidik dari segi akademik, tetapi juga membantu mencantikkan sahsiah diri seorang pelajar.

Namun malang sekali kerana terdapat segelintir pelajar dan ibu bapa yang langsung tidak menghargai jasa seorang guru. Malah, ada ibu bapa yang menyerahkan sepenuh tanggungjawab mereka kepada guru, membuatkan para guru lebih tertekan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi di Filipina, seorang guru telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan bagi memenuhi tugasnya sebagai seorang pendidik.

elizabeth miranda cikgu hebat redah 5 sungai dan jalan 2 jam setiap hari untuk ke sekolah

(Elizabeth Miranda)

Elizabeth Miranda menempuhi perjalanan selama 2 jam dan melintasi 5 sungai setiap hari untuk sampai ke sekolah beliau.

Walaupun bergelut dengan perjalanan ulang aliknya setiap hari, beliau tetap berharap bahawa semua pengorbanannya akan memberi impak yang besar kepada pelajarnya, sekaligus mewujudkan perubahan yang drastik dalam masyarakatnya.

Guru wira ini memberitahu bahawa tubuh badannya sudah biasa dengan perjalanan harian tersebut.

Namun apa yang lebih menyukarkan usaha ini adalah apabila hujan turun kerana kerana aliran sungai lebih kuat ketika cuaca sebegini.

guru seberang sungai ke sekolah

Elizabeth Miranda adalah satu-satunya guru yang boleh mendidik anak-anak yang tinggal di Sitio Barogante di Occidental Mindoro, disebabkan oleh tempat ini yang sangat jauh dan terpencil.

Beliau memberitahu keseluruhanperjalanan itu mengambil masa kira-kira 3 jam, tetapi ia sangat berbaloi.

Walaupun terdapat sungai-sungai yang dapat diseberangi dengan mudah oleh Elizabeth, namun terdapat juga sungai yang sukar untuk berbuat demikian tanpa bantuan pelampung atau "salbabida" dalam bahasa Filipina.

Bukan sahaja beliau tidak mengeluh, malah Elizabeth juga sangat berterima kasih kerana terdapat penduduk tempatan dalam komuniti beliau yang sanggup membantu dalam menyeberangi sungai-sungai setiap pagi.

elizabeth miranda seberangi sungai dengan pelampung 311

(Elizabeth Miranda dibantu penduduk tempatan untuk menyeberangi sungai yang besar menggunakan pelampung)

Sekolah yang Elizabeth bertugas hanyalah sebuah pondok kecil tanpa kemudahan dan alat pendidikan seperti bilik darjah biasa.

Elizabeth juga mengakui bahawa kanak-kanak di sekolahnya tidak mempunyai makanan.

Walaupun kekurangan kemudahan, kanak-kanak masih riang dan gembira untuk belajar daripada satu-satunya guru di kawasan kejiranan mereka.

Elizabeth mengakui bahawa anak-anak tidak mempunyai makanan. Walaupun kekurangan kemudahan ini, para pelajar masih hidup dan senang belajar dari satu-satunya guru di kawasan kejiranan.

Dengan melihat kegembiraan melalui mata anak-anak muridnya ketika belajar, Elizabeth tahu bahawa pengorbanannya tidak akan pernah sia-sia.  elizabeth miranda sampai di sekolah

(Sekolah di mana Elizabeth Miranda mengajar)

elizabeth miranda cikgu hebat redah 5 sungai dan jalan 2 jam setiap hari untuk ke sekolah 1 585

Sudah tentu ada saat-saat di mana Elizabeth sudah mahu menyerah dan meragui keupayaannya untuk mengubah keadaan tempat itu untuk menjadi lebih baik.

Ketika saat-saat ketidakpastian ini, beliau hanya berpaling ke arah anak-anak muridnya untuk mendapatkan semangat dan harapan demi meneruskan segalanya.

Elizabeth melihat minat pelajarnya meningkat dari masa ke masa, membuatkan beliau kekal positif bahawa beliau sedang mempengaruhi minda muda anak-anak tersebut untuk jatuh cinta dengan ilmu pengetahuan.

elizabeth miranda cikgu hebat redah 5 sungai dan jalan 2 jam setiap hari untuk ke sekolah 11

elizabeth miranda cikgu hebat redah 5 sungai dan jalan 2 jam setiap hari untuk ke sekolah 22 124

(Anak-anak murid Elizabeth Miranda menjadi penyebab beliau terus berkorban)

Semasa dia terus melihat minat pelajar meningkat setiap kelas, dia tetap positif bahawa dia mempengaruhi minda muda untuk jatuh cinta dengan pengetahuan.

Elizabeth juga berharap bahawa akan ada orang yang menyedari akan usahanya ini dan membantunya dalam misi untuk mengajar anak-anak di Sitio Barogante, Occidental Mindoro.

Mudah-mudahan, pihak kerajaan tempatan dapat membina jambatan atau sekolah yang lebih baik untuk anak-anak dan guru wira ini.

Rujukan:

1. Elite Readers

2. Rachfeed

3. Bright Pawikan




Hakcipta iluminasi.com (2017)