Elektrik merupakan satu keperluan bagi setiap manusia di atas muka Bumi. Malangnya, tidak semua manusia dapat menikmati keperluan ini terutamanya golongan miskin di India dan negara-negara Afrika.

Pada waktu malam, golongan yang kurang bernasib baik ini terpaksa bergantung kepada lampu yang menggunakan minyak tanah bagi menerangi rumah mereka. Situasi ini sama seperti zaman datuk moyang kita dahulu yang masih belum dapat menikmati kemudahan tenaga elektrik dengan menyeluruh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bahaya Lampu Minyak Tanah

lampu minyak tanah 586

Sekiranya anda tidak tahu, penggunaan lampu yang menggunakan minyak tanah bukanlah sesuatu yang bagus untuk kesihatan dan keselamatan diri. Penghuni rumah yang menggunakan lampu minyak tanah ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser akibat daripada menghidu asap yang dihasilkan oleh lampu minyak tanah ini.

Selain itu, lampu minyak tanah ini juga mendatangkan ancaman keselamatan kepada penggunanya. Sebagai contoh, kebocoran atau sekiranya lampu ini terjatuh ke lantai, ianya boleh menyebabkan kebakaran yang besar dan meragut nyawa. Secara statistik, 2.5 juta orang penduduk India mati akibat kebakaran yang terhasil daripada lampu minyak tanah ini.

nenek pasang lampu graviti

Selain ancaman kesihatan dan keselamatan, penggunaan lampu minyak tanah juga tidak efisien daripada segi kos. Bagi golongan yang kurang bernasib baik ini, biasanya mereka terpaksa memperuntukkan sehingga 10% hingga 20% daripada pendapatan untuk membeli minyak tanah bagi kegunaan lampu ini.

Malangnya, di seluruh dunia terdapat kira-kira 1.5 bilion manusia yang masih lagi bergantung pada penggunaan lampu minyak tanah pada waktu malam. Tidakkah terdapat alternatif lain yang lebih selamat dan murah daripada lampu minyak tanah ini?

Idea penghasilan GravityLight

gravitylight

Dua orang pereka daripada London, Martin Riddiford dan Jim Reeves telah mendapat idea untuk menghasilkan prototaip GravityLight, iaitu sebuah lampu yang dihasilkan tanpa menggunakan tenaga elektrik. Ianya juga boleh digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan radio.

Kedua jurutera ini telah menghabiskan kira-kira 4 tahun bagi membina idea dan protaip projek ini sebagai sebuah projek sampingan. Bagi merealisasikannya, mereka telah melancarkan kutipan sumbangan (crowdfunding) di laman web IndieGoGo.

awek dan lampu graviti

Kempen pertama yang dilancarkan di IndieGogo telah tamat pada 18 Januari 2013. Dalam kempen ini, mereka berjaya memperoleh sumbangan $399,590 daripada 6219 orang penderma. Jumlah ini adalah 727% melebihi sasaran awal mereka.

Menyedari akan sambutan hangat yang diberikan, mereka kemudiannya telah melancarkan kempen yang kedua di IndieGoGo dengan tajuk "GravityLight 2: Made in Africa". Kempen ini telah tamat pada 18 Julai 2015 dan dana ini akan digunakan untuk menghasilkan model GravityLight versi baru yang telah ditambah baik setelah mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

gravitylight di afrika

Kutipan dana yang melebihi sasaran ini juga membolehkan mereka menghasilkan setiap unit GravityLight pada harga yang lebih murah, iaitu sekitar $5 bagi setiap unit. Malah, model GravityLight yang baru ini juga dikatakan lebih tahan lasak dan mampu bertahan lebih lama daripada model yang pertama.

Daripada dana yang dikumpul ini, mereka berjaya menghasilkan lebih 1000 unit GravityLight untuk diberikan kepada golongan miskin di India dan Afrika. Oleh itu, mereka juga mendapatkan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menghulurkan GravityLight ini kepada golongan yang memerlukan.

Bagaimanakah GravityLight Berfungsi?

kit gravitylight

Persoalannya, bagaimanakah alat ini berfungsi? Nama "GravityLight" itu sendiri memberikan gambaran bagaimana alat ini berfungsi, iaitu menggunakan tekanan graviti. Secara umumnya, tiada kos yang perlu dibayar untuk mengoperasikan GravityLight ini.

Setiap kit GravityLight hadir dengan sebuah lampu boleh laras dan sebuah beg untuk meletakkan bebanan (batu, pasir, tanah dll). Lampu ini boleh dihidupkan dengan meletakkan bebanan seberat 10 kg kedalam beg yang diberikan. Angkat beg tersebut dan lepas. Secara perlahan-lahan ianya akan jatuh disebabkan tekanan graviti dan menarik tali yang disambungkan dengan gear.

cara gravitylight berfungsi 160

Gear yang bersambung dengan generator elektrik akan terus berputar, lalu menghasilkan tenaga elektrik. Gerakan secara berterusan akan menghasilkan tenaga elektrik yang mampu bertahan untuk kira-kira 25 minit. Sekiranya memerlukan lagi tenaga elektrik, angkat kembali bebanan dan lepaskannya.

Sementara itu, model kedua GravityLight yang dikenali sebagai GL02 pula didatangkan dengan dua buah lampu yang dikenali sebagai SatLight bersama-sama kabel penyambung. Kedua-dua SatLight ini pula akan disambungkan kepada unit GravityLight yang utama secara siri.

Ini membolehkan setiap SatLight ini dibuka atau ditutup secara berasingan. Sehingga 4 SatLight boleh disambungkan kepada GravityLight, membolehkannya menerangi beberapa bahagian lain dalam rumah dalamsatu-satu masa. Selain itu, terdapat beberapa penambahbaikan pada GL02 bagi membolehkannya lebih efisyen daripada model sebelumnya.

Kredit:

Venture Beat

Fast Company

New Atlas

GravityLight




Hakcipta iluminasi.com (2017)