Oleh pada 15 Mar 2018 kategori

Bagi anda yang tidak tahu mengenai isu ini, baru-baru ini Altimet telah mengeluarkan sebuah lagu bertajuk Mambang. Lagu ini dikatakan mempunyai senikata yang berkait rapat dengan Malique.

Selepas viral mengenai tafsiran dan senikata lirik lagu Mambang, kini muncul pula lagu dari artis bernama Kmy Kmo atau nama lainnya "Agenda" (alter ego). Agenda juga adalah ahli kumpulan Nukilan, dimana mereka ini bernaung di bawah Qarma Musiq. Perhatikan penjelasan bait lagu di bawah ini.

Lirik Mambang

"Mari aku lagukan ini kiraah untuk engkau"

Di dalam bait lirik lagu Mambang ini, boleh dilihat dengan jelas, ada ejaan nama M-A-L-I-Q-U-E di dalam lirik itu. Perhatikan setiap huruf awal bagi setiap ayat. Gantikan kiraah dengan Qiraah (ejaan Arab).

Lirik Gong Nekara

"Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau"

Cuba anda perhatikan setiap huruf awal perkataan. Boleh dilihat ejaan membentuk "Altimet Kosong"




Hakcipta iluminasi.com (2017)