Oleh pada 30 Mar 2018 kategori

berperang dengan malique akhirnya altimet buka mulut 1

Kredit foto: Instagram Altimet & Beautifulnara

Meneliti bait-bait lirik lagu terbaharu Altimet berjudul 'Mambang', netizen panas lalu mengaitkan ia sebagai 'perang' antara bintang hip hop ini dengan rakan seangkatannya, Malique.

Namun Altimet atau nama sebenarnya, Ahmad Abdul Rahman, menegaskan tiada nama disebut dalam karya berkenaan, sekaligus membuktikan ia tidak ditujukan kepada sesiapa.

Beliau yang menjulang trofi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 32, menangkis dakwaan bergaduh dengan Malique dan menggunakan medium karya lagu untuk menghentam sesama sendiri.

berperang dengan malique akhirnya altimet buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Altimet 

“Saya rasa dia tidak balas pun. Malique ada lagu barukah? Betulkah dia menggunakan anak didik dia?

“Nama saya ada disebut dalam lagu itu tak? Bukan pasal sayalah. Lagu saya ada sebut nama siapa-siapa tak? Bukan pasal merekalah,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Penyanyi yang meletup dengan lagu Amboi itu berkata, dia menyalurkan pengalaman hidup yang dilalui menerusi senikata lagu, justeru tidak mengaitkannya dengan mana-mana nama.

berperang dengan malique akhirnya altimet buka mulut 3

Kredit foto: Instagram Altimet

“Kita buat lagu berdasarkan pengalaman kita. Orang mentafsirkan lagu berdasarkan pengalaman mereka.

“Jadi kalau mereka kaki sindir atau sering disindir orang lain, mereka akan melihat ia sebagai sindiran dan terasa sendiri. Tetapi bagi saya, ia bagi mencerminkan diri saya sendiri.

“Sebab itu dalam lirik Amboi saya ada sebut: ‘bukan nak sekolahkan korang tapi aku bahasakan aku’,” katanya yang diwawancara sewaktu pelancaran album terbaru, Air.

Terdahulu, karya 'Mambang' mengheret penyanyi itu ke kancah sensasi apabila dikatakan seolah menyerang bekas anggota kumpulan Too Phat itu.

Seterusnya, Malique dikatakan membalas kata-kata Altimet menerusi lirik lagu Gong Nekar, dendangan anak didiknya Kmy Kmo dan Luca Sikta, yang dilancarkan beberapa hari kemudian.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)