Oleh pada 15 Mar 2018 kategori

Artis : Kmy Kmo ft Luca Sickta

Lirik : Kmy Kmo, Luca Sickta

Komposer : Kmy Kmo

Produser : Luca Sickta

Lirik Visual : XCIV.VISUAL

Recorded at verseA studio.

Published by Luncai Emas Sdn Bhd

Lirik Lagu Gong Nekara By Kmy Kmo Ft Luca Sickta 

Pre Chorus :

Tubuh berbulu, mata nya merah dalam rimba, 

aku keliru angkatan ke lembaga menjelma ?,

urat kepala, berdenyut cemas tak tenteram, 

aku keliru, berbaur seram dengan geram. 

Chorus :

Aku, (aku) Engkau, (aku) 

Dia, (aku) Siapa tadi ? 

Dalam rimba, Aku diam, 

Tapi tadi siapa nyanyi ?

(Ulang 2 kali)

Verse Pertama (Kmy Kmo)

Dilontar lampiran yang tak se berapa mengusik,

nak dionarkan sakinah yang sebati di bumi muzik,

buncah dek, tertumbuk akal tua picik yang mula semakin uzur kufur, 

nikmat yang diberi percuma lantas nafsunya terus menggelupur,

rongga ritma rambang gila, "kuku bima" bacok lidah, 

longgar rima lambang nila, susu dijaga rosak dah diludah, 

sparuh baris salam sua, kenal dalam dunia nista, 

pelaris dicari dalam gua, untuk diguna demi dusta cita, 

invasi kritikal, silap ritual, basi fizikal, membengkak mual, 

injaksi lirikal, gilap visual, salah magikal, katak berbual, 

mahu klasikal, beli dan jual, beli mistikal, jual mistikal, 

beribu tahun, berkali lantun, berjuta pantun, berjujuk lakon, 

Ya!

pungkur panas berdarah gusi ke ?!

hilang nafas yang tata susila !

ukur ganas pada kerusi je !

bilang "Emas" hmm jauh lagi la...

ukur agas dengan burung hantu,

cari nahas di gua puaka,

mantera lahir dari jari hantu,

matra ganas tak cari suaka,

Verse Kedua (Luca Sickta)

Pantun angkuh lantun rakus rumus,

Santun patuh jakun kamus kubus,

Seru jangan sampai tamak nama,

Deru arus angan, tambat, lambai saka,

Mata merah tangan santai,

Bila, Diam duduk tak berantai, 

Maka, Tindak tanduk pun ter urai, 

Dendam silam tusuk terburai,

Woohh

Naik bongkak sudah sampai otak,

Sambil dongak waktu tolak,

Makhluknya rongak kepala botak,

Minda todak namun masih hidup dalam kotak,

Tayang usah, jika jiwa tu mudah melayang,

Resah tenang diri sendiri sudah di karang,

Apa lagi? Mahu jadi? 

Terikat dengan bayang sendiri dari dulu sampai hari ini, haaaaa..

Verse Ketiga (Kmy Kmo) 

Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau,

mungkin dulu rimba tebal semua berbekalkan pisau,

Ini zaman sembur pucuk lagi laju dari santau,

makin hari makin resah jiwa yang cuba ditenang,

tewas juga hujung hari lepas hari baru menang,

nafsu lonjak bakar hati jantung pun laju digendang,

bila jauh jadi abdi "Masuth" puji pakai tendang,

"Murrah" gelakkan kau, aku, kita kerna dah berjaya,

lumrah gerakan si alpa mudah lena lepas kaya,

bukan harta, atau benda di kejar nya hanya batu,

bukan Alpha atau Mambang yang ku gentar hanya Satu. ( Allahuakbar..Allahuakbar ).

Outro

Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau.

kmy kmo aka agenda 2

kmy kmo aka agenda

kmy kmo aka agenda 3


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)