Oleh pada 14 Feb 2018 kategori

altimet nyaris tumbuk iqram dinzly di juara lagu 1

Kredit foto: Instagram Altimet & Instagram Iqram Dinzly

Penyanyi Altimet mendedahkan sebuah peristiwa di belakang pentas Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) yang membuatkan beliau 'naik hantu' dengan sikap pelakon Iqram Dinzly.

Dalam nada sinis, penyanyi rap ini mengucapkan tahniah kepada petugas acara hiburan itu kerana berjaya menyelamatkan Iqram daripada menjadi mangsa tumbukannya.

"Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada staff Media Prima Berhad sebab lindungi dia dari 'kecederaan'.

"Ini hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas kau naik jugak, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit," tulis Altimet di laman Twitter.

Dalam acara hiburan itu, Altimet diiktiraf Persembahan Terbaik sekaligus menerima ganjaran trofi dan wang tunai RM12,000.

Juara dianugerahkan kepada Hael Husaini menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong, Jampi.

Dilaporkan, percubaaan Iqram menceroboh pentas berkenaan tidak mendapat persetujuan daripada pihak produksi.

Sementara itu, Altimet berkata, kehilangannya di pentas sewaktu Hael menyanyikan lagu kemenangan kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan selepas melihat kelibat Iqram bermaharajalela di situ.

"Sebab itu masa kau naik pentas bila juara nyanyi lagu sekali aku 'chow'. Tak nak keruhkan keadaan," katanya lagi.

altimet nyaris tumbuk iqram dinzly di juara lagu 2

Kredit foto: Twitter Altimet

Sumber berita: Mstar


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)