Oleh pada 08 Aug 2019 kategori

Monyet Gee's Golden Langur (Trachypithecus geei) atau hanya dikenali sebagai Golden Langur adalah haiwan yang pemalu dan sangat terancam. Haiwan ini boleh ditemui di sepanjang sempadan antara India dan Bhutan, di mana ia menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran dan ketinggian.

golden langur jantan dewasa

Khususnya, Golden Langur ini banyak terdapat di empat titik geografi yang berbeza. Ia banyak didapati di kaki bukit Bhutan di utara, Sungai Brahmaputra di selatan, Sungai Manas di timur dan Sungai Sankosh di barat.

Populasi sebenar monyet ini tidak dapat dipastikan dengan tepat terutamanya di India di mana Golden Langur di selatan terasing daripada populasi utara disebabkan oleh pembangunan manusia.

Pada tahun 2003, penyelidik mengenal pasti subspesies baru iaitu T. G. bhutanensis. Spesies baru Golden Langur ini tinggal di wilayah utara dan dipisahkan oleh ciri-ciri geologi di pergunungan Himalaya. Walau bagaimanapun, subspesies ini tidak diiktiraf secara rasmi kerana konflik dengan Peraturan Antarabangsa Tataetika Zoologi yang mengawal spesifikasi spesies.

Wajah yang sangat menawan dan mempesonakan

Dianggarkan kawasan habitat untuk monyet ini di kedua-dua negara mengakumi kurang daripada 11,600 meter persegi. Walaupun spesies ini boleh menyesuaikan diri dengan mudah tetapi keluasan yang didiami mereka itu bukanlah habitat yang sesuai.

Spesies ini sangat bergantung pada hutan tropika, pokok-pokok tinggi yang bercuaca lembab, kawasan sungai dan kawasan tanah tinggi. Selain itu pengkaji juga mendapati bahawa monyet-monyet ini mampu menghudni habitat lain yang berbeza. Ada Golden Langur yang hidup di ketinggian paras laut di selatan hinggi pada ketinggian 3,000 meter di utara. 

Saiz, berat dan jangka hayat

goldon lingur di manas india

Goldon Lingur di Manas, India. Credit : mywildindia

Golden Langur boleh membesar sehingga 50 hingga 75 cm dengan ekor memanjang sehingga 70 hingga 100 cm. Golden Langur jantan biasanya lebih besar berbanding betina. Purata berat monyet jantan spesies ini ialah 10.8kg manakala betina pula ialah sekitar 9.5 kg.

Jangka hayat spesies monyet ini pula tidak diketahui dengan tepat kerana tiada data rasmi yang dikeluarkan mengenainya. Pihak pengkaji haiwan ini masih lagi memerhatikan spesies yang sukar ditemui dan terancam ini. 

Ciri-ciri penampilan

bayi monyet spesies golden langur

bayi monyet spesies Golden Langur

Monyet Golden Langur ini bertubuh langsing dan mempunyai anggota badan yang panjang. Spesies ini memperolehi namanya daripada bulunya yang cantik berwarna keemas-emasan.

Spesies ini mempunyai muka berwarna hitam dan tidak berbulu, menonjolkan lagi ciri-ciri kecantikan warna emas di bulu bahagian kepalanya yang panjang.

Penyelidik mencatatkan bahawa Golden Langur di selatan mungkin mempunyai warna bulu yang lebih seragam berbanding sepupunya di utara. Golden Langur yang baru lahir biasanya berwarna aprikot atau oren ke kelabu. Sejak dilahirkan lagi, warna bulu spesies monyet ini kelihatan begitu menonjol dan cantik.

Diet

golden langur dan anaknya

Seperti spesies monyet Langur yang lain, Golden Langur ini juga dikenali sebagai monyet daun. Spesies ini mampu makan dan mencerna sejumlah besar bahan berdaun.

Seperti monyet Old World yang tergolong dalam subkeluarga Colobinae, perut Golden Langur dilengkapi dengan bahan yang membantu menceraikan selulosa yang sukar dicerna pada daun. Ia merupakan satu proses yang penting untuk mengekstrak nutrien sebanyak yang mungkin.

Selain daun, Golden Langur juga gemar memakan beberapa bahan lain seperti buah-buahan muda dan matang, pucuk daun, pucuk bunga, bunga dan ranting. Pemerhatian awal juga mendapat spesies ini dapat menukar diet mereka apabila cuba bertahan dalam perubahan habitat. Mereka pernah mencari tanaman penduduk seperti jambu dan ubi kayu sebagai sumber makanan.

Tingkah laku dan gaya hidup

golden langur atas pokok

Diklasifikasikan sebagai sukar ditemui dan sangat berahsia, Golden Langur adalah salah satu penemuan primatologi terbaru (pertama kali dikelaskan secara rasmi pada 1956). Oleh itu, spesies ini belum dikaji dengan baik.

Penyelidik mendapati Golden Langur adalah berbeza dengan Hanuman Langur (Semnopithecus entellus) yang tidak takutkan manusia. Golden Langur berusaha sedaya-upaya untuk mengelak daripada terserempak manusia. Ini membuatkan kajian ke atasnya sangat mencabar.

‚ÄčKehidupan harian secara berkumpulan

spesies golden langur yang hampir pupus

Golden Langur sering ditemui bergerak dalam kumpulan kecil antara 2 hingga 12 ekor yang terdiri daripada satu atau dua jantan dewasa,  beberapa betina dan beberapa anak kecil.

Penyelidikan juga mendapat bahawa spesies ini adalah haiwan diurnal (aktif siang dan tidur malam). Ia biasanya aktif pada waktu pagi dan petang, melakukan perkara berkumpulan seperti berdandan, bermain dan mencari makanan. Pada waktu panas terik tengah hari, kumpulan ini biasanya akan berehat seketika.

Kebanyakan masa kumpulan spesies ini dihabiskan dengan menerokai hutan dengan memanjat, melompat dan bergayut antara pokok ke pokok. Pada waktu petang, kumpulan Golden Langur akan berkumpul untuk tidur di celahan dan dalam pokok pada waktu malamnya.

Komunikasi

golden langur di bhutan

Walaupun kajian untuk memahami corak komunikasi antara Golden Langur ini masih dijalankan, para penyelidik yakin bahawa spesies monyet ini mengunakan teknik penyuaraan untuk memberi amaran dan berkomunikasi.

Selain itu, para pengkaji juga mengandaikan bahawa Golden Langur berkomunikasi dengan cara yang sama dengan monyet-monyet lain seperti melalui dandanan, sikap agresif, postur badan dan mimik muka.

Keluarga dan pembiakan

Golden Langur biasanya melahirkan satu anak selepas tempoh kehamilan selama kira-kira enam bulan. Puncak musim mengawan spesies ini adalah pada bulan Januari dan Februari, dengan kelahiran pada Julai atau Ogos.

golden langur berehat atas pokok

Pengkaji juga mendapati monyet ini boleh sahaja mengawan dan melahirkan anak sepanjang tahun. Maklumat mengenai penjagaan anak-anak monyet Golden Langur adalah terhad tetapi mereka mencadangkan mungkin sama seperti Hanuman Langur yang meninggalkan anak-anak monyet untuk dijaga ibunya dan monyet betina lain.

‚ÄčPeranan ekologi

Seperti monyet lain yang memakan buah-buahan, spesies Golden Langur juga mungkin memainkan peranan dalam penyebaran benih dan pendebungaan yang begitu penting untuk populasi semula tumbuhan hutan.

Status pemuliharaan dan ancaman

golden langur di india

Golden Langur ini adalah spesies yang berisiko tinggi mengalami kepupusan. Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam menamakan spesies ini sebagai spesiesi terancam pada tahun 2008.

Kini kurang daripada 1,500 ekor spesies ini yang berada di India dan kira-kira 4,000 ekor di Bhutan. Sejak 30 tahun yang lalu, populasi Golden Langur ini dianggarkan telah menurun lebih daripada 50 peratus akibat kehilangan habitat.

Rujukan:

1. Animal Diversity

2. Animalia

3. New England Primate Conservancy



Hakcipta iluminasi.com (2017)