Oleh pada 28 Aug 2019 kategori

Sejak sekian lamanya, majoriti saintis menentang keras projek hibrid antara manusia dan haiwan. Perkara ini kembali hangat diperkatakan selepas terdapat laporan bahawa sekumpulan saintis telah berjaya mencipta embrio monyet yang mengandungi sel manusia.

Hibrid antara manusia dan haiwan ini juga dikenali sebagai chimera. Chimera membawa maksud sebuah organisma atau tisu yang mengandungi sekurang-kurangnya dua set DNA yang berlain yang biasanya berasal daripada gabungan zigot yang berbeza (telur yang disenyawakan).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perkataan chimera ini sebenarnya diambil daripada kisah mitologi Yunani dimana ianya adalah seekor raksasa berapi dimana ianya adalah gabungan antara singa, kambing dan juga naga. Dalam erti kata lain, chimera antara haiwan dan haiwan lain juga boleh belaku.

Sebuah laporan terbaru yang diterbitkan oleh akhbar berbahasa Sepanyol, El Pais, telah mendakwa sekumpulan saintis yang diketuai oleh Prof Jua Carlos Izpisua Belmonte daripada Salk Institute di Amerika Syarikat telah berjaya berjaya menghasilkan chimera monyet-manusia.

Kerana masalah etika yang timbul mengenai projek seperti ini, pasukan ini walau bagaimanapun hanya melakukan penyelidikan ini di China. Mengapa China? Kerana di China undang-undangnya tidak begitu ketat bagi menghalang eksperimen penuh kontroversi seperti ini dijalankan.

Apa objektif Chimera di hasilkan?

juan carlos izpis a

Juan Carlos Izpisúa

Mungkin ada sesetengah orang menganggap chimera dicipta untuk menghasilkan satu spesis hidupan baru ataupun mencipta haiwan yang lebih bijak seperti manusia. Walau bagaimanapun, itu bukanlah objektif projek chimera ini dibuat. 

Chimera dilihat sebagai satu solusi berpotensi untuk menyelesaikan masalah kekurangan organ untuk dipindahkan kepada pesakit (manusia) dan juga masalah penolakan organ oleh tubuh badan penerima (akibat ketidaksesuaian).

Chimera dijalankan kerana sesetengah saintis percaya satu hari nanti, organ yang boleh dipadankan secara genetik dengan penerima organ boleh dihasilkan dalam haiwan.

Dalam erti kata lain, haiwan akan menjadi tempat tumpang organ tersebut membesar sehingga sesuai dipindahkan pula ke penerima. Walaupun idea ini mungkin nampak menarik di atas kertas, ianya tidaklah semudah yang disangka dan mempunyai risikonya yang tersendiri.

Kaedah penghasilan chimera

chimera

Contoh chimera antara mencit (mouse) dan tikus (rat). Dalam gambar ini adalah (daripada kanan) mencit, chimera tikus-mencit, chimera mencit-tikus dan tikus.

Bagi mencapai matlamat ini, kaedah yang digunakan adalah mengambil sel dari manusia dewasa sebelum dilakukan suntingan untuk menjadikannya sel stem yang kemudiannya boleh digunakan untuk menghasilkan apa-apa jua jenis sel di dalam badan. Selepas itu, embrio daripada spesis lain (dalam hal ini, haiwan) diperkenalkan agar sel-sel tersebut boleh membesar.

Prof Jua Carlos Izpisua Belmonte dan beberapa orang saintis sebelum ini mendakwa berjaya menghasilkan chimera daripada embrio khinzir dan embio biri-biri yang mengandungi sel manusia. Walau bagaimanapun, perkadarannya adalah terlalu rendah. Sebagai contoh dengan penggunaan embrio biri-biri, dianggarkan hanya terdapat 1 sel manusia bagi setiap 10,000 sel  haiwan tersebut.

Eksperimen mengenai chimera khinzir-manusia dan biri-biri-manusia dianggap menarik kerana kedua-dua haiwan ini mempunyai saiz organ yang hampir sama untuk dipindahkan ke manusia.

Laporan lanjut mengenai projek ini sukar diperolehi memandangkan para saintis ini enggan memberikan laporan lanjut mengenai. Hal ini adalah dijangka kerana mereka berkemungkinan cuba menyembunyikan  sesuatu memandangkan projek ini mendapat pertikaian masyarakat antarabanngsa.

Mengapakah projek Chimera dianggap kontroversi?

embrio tikus

Embrio tikus. Sekumpulan saintis Jepun merancang untuk meletakkan sel manusia pada embrio tikus setelah mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan Jepun 

Sel adalah sesuatu yang sangat kompleks untuk dikaji dan dikawal. Dalam kes chimera khinzir-manusia dan biri-biri manusia, ianya tidak menimbulkan begitu banyak isu memandangkan chimera tersebut hanya dibiarkan hidup dan membesar selama beberapa minggu sahaja, iaitu sebelum organ benar-benar terhasil.

Prof Robin Lovell-Badge, seorang ahli biologi dari Francis Crick Institute yang berpangkalan di London menyatakan kebimbangannya mengenai projek chimera sekiranya chimera tersebut dibiarkan membesar dan hidup lebih lama. Sebagai contoh, beliau mempersoalkan bagaimanakah para saintis ini mampu untuk mengawal sumbangan sel manusia ini kepada hanya organ yang ingin dihasilkan.

projek chimera 989

Menurutnya lagi, sekiranya sel manusia ini hanya menyumbang kepada pembentukan pankreas, jantung dan buah pinggang sahaja, ianya mungkin tidak menjadi masalah. Tapi apa akan jadi sekiranya chimera ini dibenarkan lahir dan hidup seperti haiwan biasa, adakah sel-sel manusia ini tidak akan "mempengaruhi" sistem saraf dalam tubuh haiwan tersebut? Perkara inilah yang menjadi kebimbangan.

Isu mengenai chimera monyet-manusa timbul tidak lama selepas seorang saintis Jepun, Prof Hiromitsu Nakauchi mendapat kebenaran daripada kerajaan Jepun untuk menghasilkan chimera tikus-manusia. Pada bulan Mac, kerajaan Jepun telah menarik semula pengharaman embrio chimera daripada hidup melebihi 14 hari.

Prof Hiromitsu Nakauchi walau bagaimanapun memberi tahu beliau tiada perancangan untuk membiarkan embrio chimera itu hidup melebihi 14 hari sehingga chimera itu benar-benar lahir (hidup) sebagai haiwan biasa. Walaupun chimera tersebut mungkin tidak berperangai seperti manusia (sekiranya dibiarkan terus hidup), ia mungkin tidak mempunyai ciri-ciri seperti tikus biasa.

Kredit:

  1. Britannica Encyclopaedia
  2. Live Science
  3. The Guardian
  4. Science Mag



Hakcipta iluminasi.com (2017)