Oleh pada 11 Aug 2017 kategori

Walaupun banyak spesies hidupan yang menghadapi ancaman kepupusan, para saintis dan aktivis tidak pernah berputus asa untuk menemui spesies-spesies makhluk baru dalam dunia. Kami kongsikan 5 daripada spesies hidupan baru yang dijumpai selepas milenium kedua:

1. Kelawar seakan-akan Yoda

Jika sekilas pandang, kita akan nampak makhluk ini kelihatan seperti watak Jedi Master Yoda dari Star Wars. Pada tahun 2010, kelawar buah ini dijumpai di dalam sebuah ceruk di tengah-tengah hutan. Selain kelawar ini, seekor labah-labah berwarna jingga dan katak yang mempunyai bintik kuning merupakan spesies haiwan terbaru yang dijumpai di wilayah Papua New Guinea.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam tahun yang sama, lebih 200 spesies haiwan dan tumbuhan baru diperkenalkan buat pertama kali selepas dua bulan pencarian di pergunungan Nakanai dan Muller di sana.

2. Ikan Sculpin berwajah Blobby

Dikenali dengan lebih mesra sebagai "Mr. Blobby", ikan sculpin fathead ini ditemui di New Zealand pada tahun 2003 semasa satu ekspedisi bancian hidupan laut. Ikan berkepala besar dan kulit terkelepai ini hidup di lautan Atlantik, lautan India dan lautan Pasifik pada kedalaman antara 100 meter hingga 2,800 meter.

mr blobby ikan fathead aneh

3. Burung Gunnision yang sangat aneh

Burung Gunnision Sage-Grouse yang hampir pupus ini hanya ditemui pada awal tahun 2000. Para saintis berpendapat terdapat kurang daripada 5,000 ekor sahaja yang masih hidup dan spesies ini hanya membiak dan terdapat di sekitar Lembangan Gunnison di Colorado, Amerika Syarikat.

burung gunnison sage grouse spesies baru pelik

4. Ulat gonggok berwarna merah jambu

Ulat gonggok "jambu" ini bukan sebarang ulat gonggok. Spesies yang kelihatan seperti lipan ini pertama kali didokumenkan pada tahun 2007 di Sungai Mekong. Warna merah jambunya itu hanya untuk memberi amaran kepada musuh supaya tidak datang mengganggu kerana ia sebenarnya mampu menembak sebatian kimia beracun atau sianida untuk mempertahankan diri.

lipan merah jambu

5. Ular mirip belalai gajah

Sekumpulan jurutera yang sedang membina empangan di kawasan Amazon telah menemui 6 ekor makhluk aneh di dasar Sungai Madeira. Ia menyerupai kemaluan lelaki sehingga mendapat jolokan P*nis Snake.

caecilian haiwan aneh amfibia

Walau bagaimanapun,caecilian (sebutan: sei-si-li-yen) atau nama saintifiknya Atretochoana eiseltiis ini sebenarnya bukanlah sejenis ular tetapi merupakan spesies amfibia seperti katak dan salamander yang tidak mempunyai sebarang anggota.

Dengan kemudahan teknologi, kini semakin mudah para saintis dan ahli biologi membuat kajian mendalam mengenai kepelbagaian dan keunikan ciptaan Allah.

Kadang-kadang kita rasa seperti sudah mengetahui semua jenis haiwan dan tumbuhan melalui pembacaan, rupanya banyak lagi spesies yang kita masih belum pernah tengok. Pelik-pelik dan menggelikan pun ada!




Hakcipta iluminasi.com (2017)