Oleh pada 15 Jun 2021 kategori

Primata adalah antara haiwan yang paling pintar dan bijak di atas muka Bumi, membuatkan haiwan ini memiliki tempat istimewa di hati manusia.

Ia boleh ditemui di seluruh dunia dan banyak masyarakat memuja haiwan ini kerana kelicikan, kebijaksanaan dan kesetiaannya.

Dan walaupun banyak dari spesis monyet yang sangat comel, terdapat beberapa spesis yang agak menakutkan yang membuatkannya sangat sukar untuk didekati dan ditakuti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 monyet paling pelik di dunia.

6. Emperor Tamarin

monyet emperor tamarin

Walaupun banyak spesis dinamakan bersempena saintis yang menemuinya atau ciri unik yang dimiliki, monyet ini didakwa mendapat namanya dari ahli sejarah yang terkenal yang dikatakan mirip wajahnya.

Dinamakan bersempena Maharaja Jerman terakhir dan Raja Prusia, Wilhelm II, monyet Emperor Tamarin terkenal disebabkan oleh misainya yang sangat unik dan menarik perhatian.

wilhelm ii

Aktif dan agak sosial, Emperor Tamarin sangat mesra dan mudah berinteraksi dengan manusia, menyerupai anjing peliharaan yang memerlukan kasih sayang dari pemiliknya.

Walaupun begitu, monyet ini boleh menjadi sangat saling melindungi dalam kalangan spesis dan menggunakan panggilan vokal nyaring yang panjang untuk saling memberikan amaran bahaya kepada monyet yang lain.

5. Monyet De Brazza

monyet de brazza

Dinamakan sebagai penjelajah Perancis-Itali iaitu Pierre Savorgnan de Brazza, spesies ini dikenali secara tempatan sebagai monyet paya kerana habitat pilihannya.

Secara ilmiah, spesies ini bernama "ignoreus" yang bermaksud "tidak diperhatikan", berasal dari kecenderungan monyet ini untuk bersembunyi dari manusia dan pemangsa dengan jayanya.

pierre savorgnan de brazza

(Pierre Savorgnan de Brazza)

Tetapi penampilan monyet ini yang luar biasa, terutama bulu putih yang kelihatan seperti janggut yang memanjang dari wajahnya juga menyebabkan ia dikenali sebagai "Monyet Ayatollah", oleh kerana kemiripan wajah dengan Ayatollah Khomeini, revolusioner Iran.

Berukuran dari 76cm hingga 91cm, dengan purata berat sekitar 2.94 kg, primata kecil ini menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama dan serangga jika tiada makanan utama.

Makhluk yang berwarna oren ini boleh dijumpai di seluruh kawasan paya di negara-negara Afrika Tengah seperti Angola, Kamerun, Kenya, Nigeria, Uganda, Kongo, dan lain-lain.

4. Monyet Mandrill

monyet mandrill

Dianggap sebagai monyet terbesar di dunia pada ketika ini, Mandrill sebenarnya pernah diklasifikasikan sebagai babun sebelum menerima genus sendiri.

Dalam budaya popular, spesies ini telah menjadi biasa dalam masyarakat moden melalui watak Lion King iaitu Rafiki, di mana Disney menggambarkan Mandrill sebagai bijak dan misteri.

Walaupun begitu, spesis monyet ini boleh menjadi sangat agresif dan dalam sesetengah kes, ia boleh membahayakan.

mandrill 2

Ia bukan sahaja sangat besar dengan purata ketinggiannya antara 76.2cm hingga 94cm bagi jantan dengan berat lebih dari 32kg, malah monyet ini memiliki taring berukuran 6.35cm.

Ini membolehkan Mandrill mengoyak tengkuk leher mangsa seperti tikus, landak, atau malah kijang kecil dengan mudah.

Namun haiwan ini biasanya memakan buah-buahan, tumbuh-tumbuhan, kulit kayu, cendawan malah tanah.

3. Monyet Proboscis

monyet proboscis monyet paling menakutkan di dunia

Primata coklat kemerahan ini biasanya ditemui di pulau Kalimantan di Asia dan merupakan spesies terancam dengan majoriti populasi global haiwan ini tinggal dalam taman negara.

Dinamakan bersempena hidung tanpa bulu yang besar, monyet Proboscis atau monyet belalai ini sebahagian besarnya adalah vegetarian, yang bergantung kepada buah-buahan dan dedaun sebagai makanan utama.

proboscis 2

Monyet dengan saiz 76.2cm panjang dan berat 22.7kg, ia bertahan hidup dengan mengembara dengan cermat di habitatnya, mengelak dari pemangsa seperti biawak monitor dan harimau bintang.

Namun, ancaman terbesar makhluk ini adalah disebabkan oleh kehilangan habitat, di mana lebih dari 50% populasinya lenyap hanya dalam tempoh 4 dekad lalu disebabkan oleh aktiviti pemburuan, pembalakan, dan perkebunan kelapa sawit.

2. Monyet Tarsier

monyet tarsier 2

Ditemui di pulau-pulau Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina, makhluk bermata lebar ini adalah sangat unik dalam kalangan primata.

Dengan jari yang panjang dan kurus, ekor yang langsing dan bebola mata yang besar, monyet-monyet yang berpaut pokok ini berada dalam liga tersendiri.

Tetapi apa yang memberi nama kepada binatang buas ini sebenarnya adalah anggota belakang yang sangat panjang terhasil dari tulang tarsus memanjang di bahagian kakinya.

monyet tarsier 269

Agak kecil dari segi saiz, monyet Tarsier boleh membesar antara 7.6cm hingga 38cm, bergantung kepada spesis, namun kaki makhluk ini biasanya dua kali lebih panjang dari seluruh badan.

Kepala monyet Tarsier juga dapat diputarkan 180 darjah di kedua-dua arah, membolehkan haiwan ini melihat dengan pandangan 360 darjah.

Walaupun kecil dan comel, haiwan ini adalah satu-satunya primata karnivor sepenuhnya, menjadikan kumbang, labah-labah, belalang, kelawar, burung, dan reptilia sebagai makanan.

1. Monyet Uakari Botak

bald uakari 2

Memiliki dengan kepala merah yang bulat, monyet ini sangat menonjol di hutan hijau Várzea di Amazon Barat.

Monyet Uakari Botak ini ditutupi oleh bulu dari ekor sehingga ke lehernya, dengan panjang antara 43cm hingga 45cm ditutupi rambut dari ekor hingga lehernya, berukuran rata-rata 17 hingga 18 inci dengan ekor sekitar 15cm.

Wajah menjadi agak merah menyala disebabkan oleh pelbagai kapilari yang mengalir di bawah tisu muka dan kekurangan pigmen pada kulit monyet ini.

bald uakari monyet paling pelik di dunia

Monyet Uakari Botak mempunyai rahang bawah yang sangat kuat yang membolehkannya memecahkan bahagian luar kacang-kacang atau buah yang belum masak, yang tidak dapat dilakukan oleh haiwan-haiwan lain.

Ini sangat penting kerana 67% daripada pemakanan makhluk ini adalah biji-bijian.

Oleh kerana mereka monyet ini hanya tinggal di hutan Amerika Selatan, spesies ini lebih mudah terdedah kepada gangguan manusia.

monyet uakari botak 2 572

Dengan sebahagian besar Amazon berhadapan dengan penebangan hutan dalam 4 dekad terakhir, Uakaris Botak telah terkesan secara langsung, dengan penurunan populasi sekitar 30% sekaligus dilabel sebagai spesis terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Dunia.

Rujukan:

1. NatGeo

2. Britannica

3. Truths




Hakcipta iluminasi.com (2017)