Oleh pada 29 Jul 2017 kategori

Haiwan adalah makhluk ciptaan Allah. Setiap dari satu ciptaanNya, pasti ada kepentingannya tersendiri tidak kiralah sebagai pengimbang ekosistem, makanan manusia dan sebagainya. Umat Islam diwajibkan untuk memelihara alam sekitar dan bersifat ihsan sesama makhluk tidak kiralah haiwan atau tumbuhan.

Tidak diketahui secara tepat berapa juta jenis spesis haiwan yang terdapat di dalam dunia ini kerana ia merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk ditentukan. Tiada manusia yang boleh memberi jawapan yang tepat mengenai perkara ini. Namun, para saintis menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 1.9 juta spesis haiwan dan masih berjuta-juta belum dinamakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Burung dodo yang sudah pupus

Ya, setiap hari akan ada penemuan spesis haiwan yang baru, dan ia akan berterusan. Namun, apa yang menyedihkan adalah setiap hari juga terdapat spesis haiwan yang berhadapan dengan ancaman kepupusan.

iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 spesis haiwan yang sedang berhadapan dengan ancaman kepupusan di tahap kritikal.

5. Pangolin

pangolin 249

Haiwan daripada keluarga tenggiling ini adalah antara haiwan yang sedang diancam kepupusan. Pangolin adalah satu-satunya mamalia yang badannya diselaputi dengan sisik. Haiwan ini adalah insektivor dan makanan ruji baginya adalah semut dan anai-anai. Mempunyai kuku yang melengkung dan sangat tajam, mudah bagi mereka untuk menggali tanah untuk mencari makan.

Pangolin aktif pada waktu malam dan suka bersendirian. Ia akan bertemu dengan spesisnya hanya untuk mengawan dan hanya menghasilkan 1 hingga 3 zuriat sahaja yang dijaga sehingga berumur 2 tahun.

pangolin 2

Dagingnya yang sangat istimewa dan sisiknya bernilai tinggi menyebabkan haiwan ini menjadi mamalia yang paling banyak diseludup di dunia. Ancaman kepupusan adalah kerana menjadi mangsa pemburuan haram di Asia dan Afrika dan juga penebangan hutan.

Pada tahun 2011, dianggarkan lebih dari 100 pangolin menjadi mangsa pemburuan haram.

4. Vaquita

vaquita 797

Ya, penulis tahu anda tak pernah lihat ikan ini dan penulis pun sama. Vaquita adalah merupakan mamalia laut yang paling jarang ditemui di dunia. Perkataan vaquita dalam bahasa Sepanyol bermaksud "lembu kecil", yang mana mempunyai badan berwarna kelabu, putih di bahagian perutnya dan bertompok gelap. Vaquita menggantikan ikan Baiji telah dikatakan pupus pada tahun 2006 sebagai cetacean (mamalia laut) yang paling diancam kepupusan.

Vaquita boleh dijumpai di sebuah kawasan kecil di utara Teluk California. Ancaman terbesar kepada haiwan ini adalah kematian disebabkan kemalangan apabila mereka terperangkap di dalam jala "gillnet" yang bertujuan untuk menangkap haiwan laut lain. Haiwan ini berkemungkinan akan pupus lebih cepat, mungkin pada tahun 2018 jika penggunaan jala gillnet ini tidak diharamkan.

vaquita 2

Walaupun beratus-ratus juta ringgit dilaburkan oleh kerajaan Mexico dalam usaha menghapuskan penangkapan vaquita yang tak disengajakan, namun jumlah ikan ini tetap semakin berkurangan.

Pada tahun 1997, jumlah vaquita dianggarkan sebanyak 600, dan kemudiannya berkurangan secara mendadak kepada 60 ekor pada 2015. Pada 30 November 2016, WWF menganggarkan hanya 30 ekor sahaja yang masih wujud yang mengkategorikannya sebagai sangat terancam.

3. Saola

saola 660

Haiwan yang hanya boleh ditemui di Annamite Range antara Vietnam dan Laos ini baru sahaja ditemui pada tahun 1992. Walaupun Saola baru sahaja ditemui pada tahun namun ia sudah berada di penghujung hayat spesis mereka apabila menjadi antara haiwan diancaman kepupusan.

Saola merupakan keluarga bovidae (termasuk kambing) dan ia disahkan ketika penemuan bangkai haiwan ini di Vũ Quang Nature Reserve. Sejak itu, saola diletakkan di dalam kurungan, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat. Dikatakan hanya terdapat kurang daripada 50 ekor yang masih hidup sekarang.

saola 2

Ancaman terhadap saola adalah kerana kehilangan habitat kerana penebangan hutan untuk membina infrastruktur dan agrikultur. Selain itu, pemburuan oleh orang di sekitar habitat saola untuk mendapatkan daging serta tanduknya juga menjadi penyebab kepada masalah ini. Tanduk saola biasanya dijadikan trofi. Haiwan yang menyerupai kijang ini mempunyai 2 tanduk hitam yang panjang dan melengkung sedikit ke belakang.

2. Harimau China Selatan

south china tiger

Harimau Selatan China atau Harimau Xiamen merupakan haiwan adalah spesis dari keluarga kucing yang paling terancam ketika ini. Ia berada dalam senarai IUCN Red List sebagai haiwan terancam sejak tahun 1996 lagi. Ia juga dikenali sebagai Amoy yang digunakan dalam sektor perdagangan bulu haiwan.

Dianggarkan sebanyak 30 hingga 50 ekor sahaja lagi yang masih hidup. Peratusan keterusan hidup oleh spesis harimau ini dikatakan sangat tipis disebabkan oleh kepadatan mangsa yang sangat rendah, pemecahan dan kehilanga tempat tinggal dan juga tekanan daripada manusia.

1. Penyu Hawksbill

hawksbill turtle

Penyu yang sangat terancam ini adalah daripada keluarga Cheloniidae dan merupakan satu-satunya spesis yang masih hidup bagi jenis Eretmochelys. Spesis penyu ini boleh dijumpai di Atlantic (subspesis E. i. imbricata) dan juga Indo-Pasifik (E. i. bissa).

Spesis E. imbricata sangat mudah dibezakan daripada penyu lain dengan melihat kepada paruhnya yang melengkung dan tajam dan luaran cangkerangnya yang seperi gergaji. Warna cangkerangnya juga boleh berubah mengikut suhu air. Walaupun haiwan ini tinggal di dalam laut namun ia lebih banyak menghabiskan di lagun yang cetek dan di sekitar terumbu karang.

hawksbill turtle 2

Ancaman kepada haiwan ini datang penangkapan tidak disengajakan kerana terperangkap di dalam jala, dan juga eksploitasi manusia kerana dagingnya dan juga cangkerang yang sangat cantik dijadikan hiasan. Paruhnya yang berbeza daripada penyu lain membuatkan nilainya menjadi tinggi di pasaran. Telur penyu ini juga dianggap sebagai makanan istimewa.

Selain itu, kerosakan pada terumbu karang menjadi habitat kepada haiwan disebabkan oleh aktiviti manusia yang juga membuatkan ia berada dalam bahaya kepupusan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)