Oleh pada 10 Nov 2017 kategori

Kredit foto: sataypanas.com

Sedang keretakan hubungan cinta Zul Ariffin dan Zahriah MacWilson hangat diperkatakan, timbul pula gosip baru yang mengatakan hubungan Zul dengan kekasih lamanya, Gayatri Su-Lin Pillai bertaut kembali.

Spekulasi itu tersebar apabila Zul dan penerbit filem J Revolusi ini dilihat berada di kampung halaman aktor itu di Taiping, Perak.

Difahamkan, pelakon drama Titian Cinta ini sedang berada di set penggambaran filem Hantu Kak Limah 2 arahan sutradara Mamat Khalid yang berlangsung di sebuah hutan di Taiping yang mana Gayatri bertindak sebagai penerbit. 

Dalam kejadian beberapa hari lalu, seorang peminat terserempak dengan pasangan ini yang meluangkan masa bersama.

"Pada mulanya saya macam tidak percaya, tapi setiap hari saya tengok drama Titian Cinta, saya yakin itu Zul tapi saya terkejut perempuan sebelah itu bukan Zahirah tapi Gayatri," kata sumber menurut laporan portal Mstar Online.

Menurutnya lagi, Zul dan Gayatri dilihat di sebuah hotel sedang keluar berdua menaiki kereta Mercedes hitam dipandu oleh Zul.

Hotel tersebut turut didiami kru, pelakon dan pihak media yang membuat liputan filem berkenaan.

Bagaimanapun, status hubungan mereka masih menjadi tanda tanya, adakah mempunyai hubungan istimewa atau hanya rakan dalam industri.

Terdahulu, Zul dan Gayatri pernah rapat sebagai pasangan kekasih iaitu pada tahun 2012, sebelum putus.

Selepas itu, beliau dikaitkan pula dengan Zahirah, bagaimanapun percintaan mereka di ketika ini dilihat agak rumit apabila Zahirah didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)