Oleh pada 22 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin

Aktor Zul Ariffin sekali lagi dihinggap kontroversi apabila dikatakan memuat naik foto lucah di laman Instagram pada malam Jumaat.

Menerusi reaksi netizen, rata-ratanya terkejut kerana tidak percaya pelakon Tombiruo ini bertindak sedemikan rupa.

Difahamkan, foto yang memaparkan alat sulit seorang lelaki itu dikongsi dalam lingkungan jam 8 malam, sebelum akhirnya segera dipadam selang dua minit kemudian.

Begitupun, gambar yang menayangkan tangan seorang lelaki memegang kemaluan dengan memperlihatkan separuh tubuhnya itu lantas menjadi sensasi dan perbualan hangat di laman Twitter.

Enggan pelbagai spekulasi buruk berlarutan, akhirnya sebuah kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kelab peminat rasmi aktor itu, Zul Ariffin FC bagi meleraikan persoalan orang ramai.

jangan tuduh melulu ini penjelasan di sebalik isu foto panas zul ariffin di instagram 2

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin FC

“Hai, akaun bos (Zul) telah digodam awal malam tadi. Dia telah menghapuskan foto tersebut dan semuanya kini berada dalam kawalan.

“Kami meminta maaf sekiranya mana-mana foto telah menyinggung perasaan anda. Zul akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang,” tulisnya.

Terdahulu, aktor sasa itu mendedahkan hubungan cintanya dengan aktres Zahirah Macwilson sudah berakhir gara-gara berang kerana mendakwa wanita itu tidak menghormati jenazah ibunya, Allahyarham Robiah Nasir yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu.

Zul mengatakan bekas kekasihnya itu telah melakukan swafoto berdekatan jenazah Allahyarham.

Namun kenyataan beliau dinafikan Zahirah, manakala bapa aktres itu, Zainol Macwilson menyifatkan Zul sebagai seorang yang tidak menghormati orang tua.




Hakcipta iluminasi.com (2017)