Oleh pada 05 Nov 2017 kategori

nikah tanya bapa dia zul ariffin ulas isu dengan zahirah macwilson 1

Kredit foto: eh.com.my & Beautifulnara

"Nikah? Tanya bapa dia (Zahirah)."

Demikian kata Zul Ariffin apabila diminta menjawab spekulasi yang mendakwa dirinya bakal berkahwin dengan Zahirah Macwilson tahun hadapan.

Dalam masa yang sama, aktor itu menafikan foto patung jerung (baby shark) di laman Instagramnya adalah sama dengan patung yang dipegang Zahirah ketika aktres itu bergambar di lapangan terbang baru-baru ini. 

nikah tanya bapa dia zul ariffin ulas isu dengan zahirah macwilson 118

Sumber berita: Mstar

"Patung itu peminat yang beri kepada saya kerana ia ada kaitan dengan drama saya Titian Cinta. Manakala yang Zahirah pegang di lapangan terbang itu peminat dia yang beri pada ketika itu.

"Ia bukanlah patung yang sama dan ia tiada kena mengena atau menggambarkan hubungan kami sekarang," tegasnya.

Zul membuat kenyataan tersebut di acara Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu.

Sebelum ini, nama kekasihnya, Zahirah dipetik sebagai punca kemelut perhubungan pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong.

Namun Zahirah dalam kenyataan terdahulu menafikan spekulasi berkenaan dengan mendakwa dirinya 'diperangkap' Kamal dan menjadi mangsa keadaan.

nikah tanya bapa dia zul ariffin ulas isu dengan zahirah macwilson 2

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

Apabila diminta mengulas status terkini hubungannya dengan aktres itu, Zul berkata, dia sedang menanti penjelasan Zahirah yang kini berada di Bosnia, menjalani penggambaran drama.

"Saya tidak tahu apa yang perlu diselesaikan dan kena tunggu dia balik dahulu," beritahunya.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)