Setakat ini hanya 3 menteri kabinet sahaja dilantik iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan. Ramai yang teruja untuk mengetahui nama-nama yang bakal dilantik bagi memimpin kementerian yang lain.

Di samping ingin mengetahui siapa dan kementerian mana yang akan diterajui, rakyat Malaysia juga ingin tahu berapakah gaji yang diterima oleh pemimpin-pemimpin tertinggi negara, jadi iluminasi.com ingin kongsikan mengenai butiran gaji dan elaun Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nota : Nilai dan angka ini berdasarkan maklumat dari tahun 1999 sehingga pemerintahan Perdana Menteri yang lalu. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perubahan. Artikel ini hanya ingin memberi gambaran kasar tangga gaji menteri.

Pendapatan bulanan Menteri Penuh termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji pokok - RM18,000

2. Elaun Keraian - RM10,500

3. Elaun Perumahan - RM10,800 (jika Menteri-menteri mempunyai rumah sendiri, elaun ini tetap boleh dituntut)

4. Elaun Wakil Rakyat - RM10,650

5. Elaun parkir kenderaan - RM5,700

Jadi, jumlah pendapatan setiap bulan yang diterima adalah sebanyak RM55,650, tidak mengambil kira sama ada sakit atau tidak bertugas.

Kemudahan lain-lain

1. Bercuti ke luar negara

Perbelanjaan ini ditanggung oleh kerajaan untuk sekali setahun termasuklah tiket penerbangan, hotel dan duit poket sebanyak RM50,000. Wang RM50,000 boleh dituntut tanpa resit jika menteri tersebut tidak bercuti ke luar negara.

2. Bil percuma

Pegawai tertinggi negara tidak perlu membayar bil-bil kerana ia ditanggung oleh kerajaan. Antara bil-bil tersebut termasuklah:

  • Bil elektrik
  • Bil air
  • Bil telefon

3. Perhiasan rumah

Wang sebanyak RM40,000 boleh dituntut sekali setahun bagi perkakasan dapur atau perhiasan rumah.

4. Kereta

Juga dibekalkan sebuah kereta Mercedes S320 dan seorang pemandu termasuk minyak percuma.

5. Derma 

Terdapat peruntukan bagi segala pemberian derma termasuklah kepada badan-badan kebajikan, majlis perkahwinan atau kematian.

6. Elaun rumah terbuka

Setiap tahun, elaun rumah terbuka boleh dituntut yang mana segala perbelanjaan bagi menganjurkan rumah terbuka adalah ditanggung oleh kerajaan.

Gaji Dato Seri Najib Razak

dato seri najib razak gaji pemimpin tertinggi di malaysia

Satu kajian dilakukan oleh portal Listabuzz pada April 2017 mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak memperoleh pendapatan sebanyak RM284,194.89 setahun. Nilai ini memberikan purata gaji bulanan sebanyak RM22,826.65.

Pendapatan Bulanan Timbalan Menteri

1. Gaji pokok - RM15,000

2. Elaun Keraian - RM9,500

3. Elaun perumahan - RM9,800 (jika Menteri-menteri mempunyai rumah sendiri, elaun ini tetap boleh dituntut)

4. Elaun wakil rakyat - RM10,650

5. Elaun parkir - RM5,700

Jumlah pendapatan bulanan : RM50,650

Peningkatan gaji Ahli Parlimen pada tahun 2015

gaji pemimpin tertinggi di malaysia 2

Pada tahun 2015, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang menyaksikan kenaikan gaji bagi ahli-ahli parlimen dan pegawai-pegawai yang lain. Kadar gaji terbaru tersebut adalah seperti berikut:

1. Ahli Parlimen

Peningkatan daripada RM11,000 kepada RM16,000 (peningkatan sebanyak RM5,000). Sebelum itu, seorang Ahli Parlimen menerima gaji pokok sebanyak RM6,508.59 sebulan, dan elaun bulanan sebanyak RM5,000.

Sebanyak RM200 elaun harian diberikan apabila ahli-ahli parlimen menghadiri persidangan Dewan rakkyat dan RM150 elaun harian bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

2. Ahli Dewan Negara 

Pindaan itu juga menyaksikan kenaikan gaji bagi Ahli Dewan Negara, daripada RM7,000 kepada RM11,000.

3. Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga menerima kenaikan sebanyak RM20,000 menjadikan gaji bulanan baharu sebanyak RM31,000. Timbalan masing-masing menerima peningkatan gaji sebanyak RM4,000 menjadikan gaji baharu adalah RM20,000.

4. Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara

Selain daripada gaji pokok, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara juga menerima imbuhan seperti berikut:

  • Elaun Hiburan - RM1,500
  • Elaun Istimewa - RM1,500
  • Elaun Pengangkutan - RM1,500
  • Elaun Telefon - RM900
  • Elaun Pemandu - RM1,200
  • Komputer peribadi - RM6,000 (maksimum)
  • Elaun hotel untuk urusan rasmi - RM350 semalam (maksimum)

Perbandingan gaji CEO

Jumlah-jumlah ini pastinya dilihatkan sebagai sangat tinggi, namun jika dibandingkan dengan gaji CEO-CEO di Malaysia, ia dilihatkan seperti sangat kecil. Antara gaji-gaji CEO di Malaysia adalah seperti berikut:

1. CEO CIMB Group Holdings Berhad

datuk seri mohamed nazir abdul razak gaji pemimpin tertinggi di malaysia

Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak

  • Gaji bulanan - RM779,166
  • Gaji tahunan - RM9.35 juta

2. CEO Sime Darby Berhad

datuk seri zubir murshid gaji pemimpin tertinggi di malaysia

 Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)

  • Gaji bulanan - RM179,833
  • Gaji tahunan - RM2.05 juta

3. CEO Bursa Malaysia

datuk yusli mohamed yusoff gaji pemimpin tertinggi di malaysia

Datuk Yusli Mohamed Yusoff 

  • Gaji bulanan - RM164,166
  • Gaji tahunan - RM1.97 juta

4. CEO Maybank Berhad

datuk seri abdul wahid omar gaji pemimpin tertinggi di malaysia

Datuk Seri Abdul Wahid Omar (telah digantikan oleh Datuk Abdul Farid Alias)

  • Gaji bulanan - RM148,333 sebulan
  • Gaji tahunan - RM1.78 juta

5. Boustead Holdings Berhad

tan sri lodin wok kamaruddin gaji pemimpin tertinggi di malaysia

Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin

  • Gaji bulanan - RM154,166
  • Gaji tahunan - RM1.85 juta

Rujukan:

1. Sehinggit

2. Malaysia Kini

3. Lentera Emas




Hakcipta iluminasi.com (2017)