8 helah popular digunakan oleh ahli politik 158

Untuk mendapatkan sokongan daripada orang awam bagi seseorang ahli politik atau wakit rakyat bukanlah sesuatu yang mudah. Kepercayaan adalah sesuatu yang mengambil masa untuk dibina, tetapi boleh hilang dalam sekelip mata.

Namun, ada sesetengah ahli politik yang bijak memperdaya rakyat dengan pelbagai helah demi mendapat sokongan yang padu. Walaupun tidak beretika, hanya matlamat sahaja yang dipandang oleh golongan ini.

iluminasi.com ingin kongsikan antara 8 helah paling kerap digunakan ahli politik untuk memperdaya orang awam.

1. Mengulangi penipuan berkali-kali

joseph goebbels 8 helah popular digunakan oleh ahli politik

Penyokong propaganda dan pemimpin kedua tertinggi Third Reich (Nazi Jerman), Joseph Goebbels pernah berkata "ulanglah satu pembohongan dengan kerap, dan ia akan menjadi kebenaran". Ini adalah satu falsafah yang tidak bermoral untuk melakukan apa sahaja penipuan yang diperlukan untuk mencapai agenda Nazi.

Walaupun Joseph telah menggunakan setiap helah propaganda dan menghasilkan beberapa helah baru, namun taktik kegemaran dia adalah mengulangi taktik asas, iaitu pembohongan yang berulang kali.

Penyelidik tertanya-tanya adakah helah ini benar-benar berhasil, jadi mereka telah melakukan kajian. Hasil kajian membuatkan mereka sedikit bimbang. Para penyelidik berkata orang lebih cenderung untuk menilai sesuatu pernyataan sebagai benar jika mereka pernah mendengar kenyataan tersebut sebelum ini, walaupun pada asalnya mereka tahu bahawa pernyataan tersebut adalah palsu ketika kali pertama mendengarnya.

ulang penipuan berkali kali 8 helah popular digunakan oleh ahli politik

Ahli psikologi memberitahu apabila berhadapan dengan pembiohongan, orang masih bijak menggunakan akal dan tidak mudah ditipu, namun ia menunjukkan baahawa sekurang-kurangnya taktik ini menjadi sebahagian daripada strategi maklumat palsu yang sangat berkesan.

Dalam kes Nazi Jerman ini, di mana maklumat dikawal sepenuhnya dan sukar mendapat akses mengenai perkara sebenar, kita boleh melihat ramai orang yang bijak tertipu.

2. Membahagikan setiap perkara kepada dua bahagian perdebatan

membahagikan setiap perkara kepada dua bahagian perdebatan 8 helah popular digunakan oleh ahli politik

Walaupun ramai yang tahu mengenai helah ini, namun mereka tetap tertipu setiap hari. Adalah sangat sukar untuk sesiapa pun untuk fokus kepada isu-isu semasa yang hangat apabila mereka lebih memberi tumpuan dalam membenci parti-parti politik lain, tanpa sebab.

Di negara seperti Amerika Syarikat, adalah sangat mudah untuk Parti Demokrat atau Republican untuk membuatkan rakyat lupa atau membatalkan janji-janji manifesto mereka, kerana mereka tahu cara untuk rakyat "membalas dendam" terhadap mereka adalah dengan mengundi parti lain. Dan penyokong setiap sebuah parti telah diajar bahawa parti lain adalah jahat.

Namun, helah ini telah digunakan untuk memberikan kesan yang sangat buruk bagi sesebuah negara yang mana ia digunakan lebih daripada sekadar untuk cuba mengalihkan perhatian rakyat dari janji-janji politik mereka.

membahagikan setiap perkara kepada dua bahagian perdebatan 8 helah popular digunakan oleh ahli politik 2

Di Rwanda pada tahun 2000-an, ahli politik dan kumpulan media elit daripada etnik Hutu telah membahagikan negara kepada dua kumpulan, iaitu Hutu dan Tutsis, dan mengutuk Tutsis dengan mengatakan mereka adalah serangga perosak yang harus dibasmi.

Ini telah membawa kepada pembunuhan beramai-ramai di Rwanda dengan anggaran hampir sejuta nyawa terbunuh hanya disebabkan rupa kedua-dua kumpulan ini sangat sukar untuk dibezakan.

Apabila seseorang memberitahu anda untuk membenci kumpulan lain dengan sebab yang tak masuk akal, adalah lebih baik jika anda tak mendengarnya dan sebaik-baiknya tidak lagi bergaul dengan mereka, walaupun mereka berasal dari kumpulan anda.

3. Memperkecilkan dan menyalahkan masalah anda terhadap pihak lawan

menyalahkan orang lain 8 helah popular digunakan oleh ahli politik

Salah satu taktik kegemaran pemimpin kejam atau diktator adalah menyalahkan sebarang isu terhadap kumpulan yang lebih kecil yang tidak mampu mempertahankan diri mereka dengan betul.

Memang sebenarnya masalah yang timbul biasanya disebabkan oleh kerajaan perlu melakukan sesuatu yang berbeza, namun ia jauh lebih mudah bagi pemimpin tidak bertanggungjawab untuk meyakinkan orang ramai bahawa sekumpulan pihak lain yang harus dipersalahkan, dan kemudiannya menganiayai mereka tanpa belas kasihan.

Pemimpin pada hari ini banyak yang masih menggunakan helah ini, seperti menyalahkan etnik latin dan hispanik di Amerika Syarikat, atau imigran Islam di Eropah. 

4. Mengawal segala aliran maklumat dalam negara

mengawal aliran maklumat 8 helah popular digunakan oleh ahli politik 401

Jika seseorang diktator itu ingin mengawal orang ramai, cara yang terbaik adalah mengawal aliran maklumat. Ini bermakna jika ada sumber berita yang tidak dikawal oleh orang jahat, dan mereka tak dapat menutupnya dengan segera tanpa menerima banyak respon dari orang ramai, maka mereka akan sentiasa melakukan apa sahaja untuk menidakkan berita tersebut atau membuatkan ia kelihatan seperti berita palsu.

Dalam situasi di mana pemimpin mampu untuk menutup sumber-sumber berita lain, mereka akan melakukannya dengan perlahan sehinggalah hanya berita daripada mereka sahaja yang kekal.

mengawal aliran maklumat 8 helah popular digunakan oleh ahli politik 2

Sesetengah pemimpin yang menggunakan helah ini akan membuatkan orang ramai percaya bahawa sumber berita utama dalam media massa seperti TV atau akhbar bukanlah dikawal oleh mereka.

Contoh terbaik adalah Russia Today, sumber berita utama di Rusia. Vladimir Putin mendakwa beliau tidak mengawal media massa ini. Tetapi jika difikirkan secara logik, Russia Today dikawal oleh Kremlin dan Putin pula berkuasa penuh ke atas apa yang dilakukan dan polisi apa yang boleh digunakan oleh Kremlin.

Dan jika anda mengawal aliran maklumat, adalah sangat sukar bagi orang lain untuk memberikan pendapat negatif mengenai anda atau pentadbiran anda, kerana anda boleh memastikan hanya perkara positif sahaja diceritakan mengenai anda dan apa yang anda akan lakukan pada masa depan.

5. Meringkaskan mesej supaya mudah difahami semua lapisan masyarakat

ringkaskan mesej 8 helah popular digunakan oleh ahli politik

Propaganda yang digunakan oleh menteri-menteri atau diktator yang sangat berkesan adalah semakin rumit sesuatu mesej itu, semakin sukar ia untuk difahami dan disebarkan.

Ramai yang berpendapat bahawa sangat sukar untuk Hilary Clinton untuk berhubung dengan orang ramai kerana beliau terlalu intelektual dalam penyampaian mesej dan tidak begitu pakar dalam meringkaskan sesuatu perkara.

Bagi Donald Trump pula, beliau bijak meringkaskan mesej kepada yang lebih mudah untuk "dimakan" oleh orang ramai yang mana mudah untuk diingati. Ini bukanlah untuk menilai penggunaan taktik ini sebagai sesuatu yang jahat, namun ia menunjukkan bahawa tunjukkan bagaimana kesederhanaan dalam mesej boleh mempunyai kesan yang begitu besar.

6. Buatkan anda berasa dikepung oleh musuh yang lebih kuat

adolf hitler 8 helah popular digunakan oleh ahli politik

Dalam misi membuatkan anda menyokong mereka, pemimpin-pemimpin akan "mengganggu" anda dengan konsisten. Mungkin sesebuah negara itu berhadapan dengan kelaparan, atau ekonomi yang semakin tenat, mahupun penyelewangan yang berleluasa.

Tak kisahlah apa pun masalah yang berlaku, mereka akan meyakinkan anda bahawa ada perkara yang lebih buruk akan berlaku, bila-bila masa sahaja.

Anda tak tahu bila ia akan berlaku, membuatkan anda berasa sangat takut. Namun ia bukanlah berlaku di semua negara, dan bukan dilakukan untuk menakutkan orang ramai, tetapi lebih kepada membuatkan rakyat lebih bersiap sedia. 

Jika negara anda bermasalah, atau anda menindas rakyat jelata, anda boleh memberikan alasan bahawa anda juga sedang dikepung atau ditindas oleh orang lain atau musuh.

Rakyat yang resah akan menjadi lebih tenang dan cenderung untuk tidak melakukan revolusi walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah hidup yang menekan mereka setiap hari, kerana mereka percaya ia adalah satu pengorbanan yang harus ditempuhi dalam membaikpulih negara tercinta.

7. Melakukan apa saja untuk menarik perhatian emosi dan bukannya logik anda

Menurut Joseph, bermain dengan emosi adalah cara terbaik untuk menarik minat orang ramai, jadi dia merekabentuk propagandanya mensasarkan kepada naluri paling asas dalam jiwa rakyat.

Joseph pernah mengatakan bahawa dia percaya cara terbaik untuk menggunakan propaganda adalah apabila membicarakan apa yang sudah dirasakan dalam hati orang ramai dan tidak penting untuk memberikan mesej yang masuk akal. Ini kerana memberitahu apa yang rakyat mahu dengar adalah paling utama.

Helah ini banyak digunakan oleh parti politik moden. Di dalam perhimpunan, polisi yang digunakan adalah berteriak memberikan ucapan kecil dan tak penting, dan menyebut berkenaan keburukan pihak musuh.

Teknik manipulasi ini membuatkan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut terlupa bahawa parti lain juga adalah manusia seperti mereka yang tidak berbahaya dan bukan seperti apa yang diberitahu oleh pemberi ucapan.

8. Menggunakan sentimen identiti kebangsaan untuk meraih populariti

menggunakan sentimen identiti 8 helah popular digunakan oleh ahli politik

Kemungkinan helah paling popular dan berkesan yang digunakan pemimpin adalah memberi tumpuan kepada identiti kebangsaan. Jika anda ingin menindas keseluruhan penduduk dan mengawal mereka tanpa berlaku kekacauan atau pergolakan, lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai sumber yang mencukupi, anda harus mengumpulkan rakyat dalam satu kumpulan seramai yang mungkin.

Semakin kurang kumpulan yang wujud, semakin mudah untuk anda pengaruhi mereka dan tiada pemberontakan yang teruk sehingga mengganggu pemerintahan anda.

Sesetengah negara menggunakan cara ini dimana identiti kebangsaan adalah agama atau bangsa, dan rakyat tidak dapat menidakkan bahawa sentimen agama dan bangsa yang digunakan bukanlah agenda parti politik tersebut, tetapi untuk kebaikan negara.

Antara contoh terbaik negara yang menggunakan falsafah ini adalah Korea Utara dan juga China. Parti di negara ini memberikan anda kebebasan beragama tetapi mereka akan melakukan apa saja untuk membuatkan anda mengelak daripada mempunyai agama, dan menghukum anda jika anda mengamalkan secara senyap-senyap.

Parti Komunis yang mengawal segalanya dan sangat kuat, tidak membenarkan anda memegang jawatan kerajaan jika anda menganut mana-mana agama. Ini memastikan mana-mana pemimpin dan sebahagian besar pengikut setia parti, tidak beragama dan membuatkan kesetiaan mereka terhadap parti adalah paling utama.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)