Oleh pada 23 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Dr Mahathir Mohamad

Satu Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibentuk bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kes syarikat pembangunan strategik itu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri dalam sebuah kenyataan media, kelmarin. Keputusan itu juga dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasukan khas ini diketuai bersama oleh bekas Peguam Negara iaitu Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Tan Sri Hj Abu Kassim Mohamed, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman iaitu Dato' Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Dato Sri Hj Mohd Shukri Abdull.

Selain itu, keanggotaan pasukan ini juga melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang memiliki kepakaran dalam hal berkaitan.

Ia bertujuan untuk melaksanakan keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan rampasan aset disebabkan salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.

Malah, pasukan ini juga bertanggungjawab memperoleh kerjasama dari pelbagai agensi penguatkuasaan negara-negara antaranya seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Kanada untuk mendakwa individu yang melakukan sebarang kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat terbabit.

Sumber:

1. Buletin TV3 [1, 2]

2. Facebook Bernama Radio

3. Facebook Front Desk [1, 2]

4. Facebook Channel W

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)