Ketika ini Malaysia sedang berhadapan dengan pergolakan politik yang mana agak jarang berlaku sebelum ini.
Masih belum jelas apa yang bakal berlaku namun dengan perletakan jawatan oleh Perdana Menteri ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, se kita boleh menjangkakan bahawa terdapat kemungkinan untuk kerajaan baharu dari beberapa pakatan parti politik akan terjadi.
BESARKAN TEKS A- A+
Kita hanya dapat membuat spekulasi dan perlu menunggu sedikit lagi bagi mengetahui masa depan Malaysia.
Namun, apa sebenarnya yang berlaku jika seorang Perdana Menteri itu meletakkan jawatan? Bagaimana dengan kabinet yang ada? Adakah pilihan raya baharu perlu dilakukan segera?
1. Apa yang terjadi kepada surat perletakan jawatan dari Perdana Menteri kepada Yang DiPertuan Agong?
Jika perkara ini berlaku, Yang DiPertuan Agong perlu menerima atau menolak surat perletakan jawatan daripada Perdana Menteri.
2. Apa yang akan berlaku jika Perdana Menteri meletakkan jawatan?
Kabinet dibubarkan dengan serta-merta kerana Perdana Menteri dan Kabinet adalah satu tanggungjawab kolektif.
Yang DiPertuan Agong harus melantik Perdana Menteri baharu, sama ada secara kekal atau untuk sementara.
Untuk melakukan ini, tiada tempoh masa yang ditetapkan kepada Yang DiPertuan Agong.
Baginda boleh memilih pemimpin yang jelas dari Ahli Parlimen atau seseorang yang mempunyai parti atau gabungan terbesar. Ini bermakna seseorang yang mempunyai majoriti kuat dalam Dewan Rakyat.
Sekiranya terdapat pembahagian yang mendalam dari segi kuasa dan tiada pemimpin yang jelas, Yang DiPertuan Agong mempunyai budi bicara yang sangat luas dan peranannya adalah penting.
Baginda boleh melantik seorang pemimpin yang mana dipercayai boleh dapat membentuk majoriti penuh.
YDPA juga boleh melantik mana-mana ahli parliment yang baginda percaya mampu mendapat sokongan daripada Dewan Rakyat.
3. Bilakah biasanya PM memutuskan untuk meletakkan jawatan?
Biasanya, situasi ini berlaku apabila parti Perdana Menteri sama ada meninggalkan parti pemerintah atau apabila beliau berasa bertanggungjawab bahawa dia mempunyai tugas moral untuk berbuat demikian.
4. Bolehkah Yang DiPertuan Agong membubarkan kerajaan?
Jika YDPA telah melantik seorang PM, maka PM itu boleh menasihati baginda untuk membubarkan kerajaan dan membuat pilihan raya umum
Baginda hanya boleh membubarkan kerajaan atas nasihat Perdana Menteri, sama ada kekal atau sementara. YDPA tidak boleh melakukannya bersendirian kerana beliau terikat dengan perlembagaan.
5. Bolehkah PM yang meletakkan jawatan dilantik semula?
Ya, jika dia berjaya mendapatkan sokongan Dewan Rakyat atau YDPA percaya beliau dapat membentuk majoriti penuh.
Jawapan-jawapan di atas dirunding dengan pakar Undang-undang Perlembagaan Emeritus Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dari Universiti Malaya.
Rujukan:
1. The Star
2. Study
3. CNN