Oleh pada 18 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fazura

Aktres Nur Fazura mengakui gimik 'finale' pertunjukan fesyennya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) yang lalu diinspirasikan daripada pertunjukan pereka antarabangsa, Dries Van Noten

Fazura berkata, dia menyedari faktor ketinggian membuatkan dirinya 'tenggelam' dalam kalangan model yang ada sedangkan dia mahu dilihat walaupun daripada mereka yang berada di aras lima.

"Oleh kerana tahun ini saya diberikan peluang untuk membuat pertunjukan fesyen secara solo tanpa berkongsi dengan pereka lain, saya ingin lakukan sesuatu yang berbeza daripada yang sebelum ini.

"Dan kerana ianya didedikasikan untuk peminat saya, saya mahu peminat saya dapat melihat saya walaupun mereka berdiri dari tingkat lima.

"Disebabkan saya pendek, dan model pula tinggi, jadi saya mengambil inspirasi dari pertunjukan fesyen Dries Van Noten dimana sewaktu ‘finale’ pertunjukan fesyen beliau, kesemua model duduk di atas pentas.

"Tapi saya terfikir kalau mereka duduk, susah untuk saya berjalan melewati mereka kerana takut akan terlanggar bahu dan sebagainya," jelasnya memetik laporan Suria.my.

Kata isteri kepada pelakon Fattah Amin itu lagi, aksi model terbaring yang dilakukannya itu juga bertepatan menggambarkan mesej yang cuba disuarakan.

finale runway ciplak dries van noten akhirnya fazura tampil buat pengakuan 2

Kredit foto: Instagram Fazura

"Dan ianya tidak selari dengan mesej yang saya mahu sampaikan di mana apabila model itu rebah, bererti sesiapa sahaja akan melalui halangan-halangan di hadapan," katanya.

Apa yang dilakukannya juga telahpun melalui proses perbincangan bersama penyelaras majlis serta kumpulan model terbabit.

Bintang Hero Seorang Cinderella itu akui mendapat kerjasama baik daripada kesemua model yang terlibat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)