Oleh pada 21 Aug 2018 kategori

isu pakaian sama neelofa rupanya dah kena block dengan aktres tu 1

Kredit foto: Instagram Neelofa

Neelofa, menepis dakwaan kononnya dia sengaja 'cari pasal' apabila mengenakan pakaian yang terlebih dahulu diinginkan oleh seorang aktres popular pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018 sebelum ini.

Neelofa bagaimanapun menjelaskan perkara itu tidak mungkin berlaku memandangkan dia telah disekat di Instagram oleh aktres berkenaan sejak beberapa tahun lepas.

isu pakaian sama neelofa rupanya dah kena block dengan aktres tu 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

"Saya tidak dapat melihat Instagram individu itu sebab saya sudah kena block sejak beberapa tahun lalu.

"Kalau pun tidak disekat, macam mana saya nak 'keep up' dengan setiap post, perkataan dan kemahuan yang dipaparkan di Instagram?

"Koleksi yang ditunjukkan di KLFW adalah Ready-to-Wear, maksudnya bukan one piece untuk one person.

"Siapa-siapa di luar sana semua boleh memakainya, tak ada masalah untuk tengok lebih daripada seorang yang pakai," katanya dalam temubual bersama program hiburan Melodi.

Kredit video: Instagram Melodi

Terdahulu, pelakon yang dimaksudkan Neelofa itu telah memuat naik kenyataan di Instagram Story dengan menyatakan hasratnya untuk memakai blaus sequin tersebut.

Namun tiba hari ketika pelakon itu menggayakannya, Neelofa pula dalam masa sama iaitu di sebelah malamnya, mengenakan keseluruhan set pakaian berkenaan, sewaktu mengendalikan rancangan hiburan MeleTOP pada episod Selasa lalu.

Isu itu bertambah hangat apabila peminat kedua-duanya berbalah di laman sosial mempertahankan selebriti kegemaran masing-masing.

Sumber berita: Astro Gempak


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)