Oleh pada 11 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @divaletopsdotcom

Aktres Fazura memberi 'hint' dia sedang mengidam selepas ditegur mempunyai selera makan yang tinggi.

Spekulasi itu timbul dalam sebuah video di Instagram @divaletopsdotcom memaparkan Fazura sedang menyapu jem di atas 'scone' - sebelum disapa seorang rakan tentang kuantiti makanan yang diambilnya.

Dengan bersahaja, pelakon Ayat Ayat Cinta 2 itu menjawab, "Bukan apa, kot kot mengidam ke apa... kot kot lah saya cakap".

Kenyataan dikeluarkan Fazura itu lantas menarik perhatian rakan-rakan semeja lain yang jelas terkejut.

Mereka juga kelihatan teruja, malah salah seorangnya menyahut dengan berdoa, "Amin".

Difahamkan, rakaman video itu diambil ketika beliau menjayakan majlis pelancaran sebuah produk kecantikan berlangsung di London yang mana menampilkannya sebagai duta.

Kiriman video itu turut meraih komen para peminat di media sosial yang rata-ratanya mendoakan agar khabar angin itu menjadi kenyataan.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 27 November tahun lalu.

Mengenai perkembangan terkini, pasangan sensasi ini sedang menghabiskan masa di London sempena percutian bulan madu mereka.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)