Oleh pada 07 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fazura & Instagram Rizman

Laman Instagram Fazura menjadi tumpuan selepas dakwaan seorang pengikut yang mengatakan kononnya aktres itu keluar berdua-duaan bersama pereka fesyen terkenal, Rizman di Pavilion, Kuala Lumpur.

Pemilik akaun bernama @smith.kimi23 itu mendakwa, pelakon tersebut sedang bertemujanji dengan Rizman tanpa diketahui suaminya, aktor Fattah Amin.

"Fazura, awak ingat kita tak tahu sekarang pukul 10 awak dan Rizman dating di Pavilion.

"Sedarlah diri kamu Fazura. Awak dah ada suami tahu! Tuhan tahu Fazura," tulis individu itu di ruangan komen.

Tampil memberikan respon, dalam nada sinikal, Fazura merakamkan penghargaan atas perhatian yang diberikan oleh netizen yang dianggap sebagai peminat setianya itu.

Manakan tidak, kata Fazura, pemilik akaun dipercayai palsu tersebut mempunyai banyak masa untuk mengikuti perkembangan hariannya serta segala tindak-tanduk.

Fazura memberitahu, suaminya adalah seorang yang penyayang, malah turut menyayangi rakan-rakannya sendiri.

keluar berdua bersama rizman ini penjelasan fazura 2

Kredit foto: Mstar

"Sudah tentu awak tahu sebab awak kan peminat setia saya. Sentiasa luangkan masa awak fokus segala yang saya buat.

"Terima kasih. Saya sangat rendah diri. Suami saya seorang yang penyayang dan turut sayangkan sahabat-sahabat saya.

"Setiap kali dia sibuk bekerja, dia akan suruh saya luangkan masa dengan kawan-kawan supaya mereka boleh temankan saya.

"Kalau awak nak turut serta marilah. Awak boleh duduk dengan kami. Lots of love! Terima kasih minat kat saya," balas Fazura bersahaja.

Pelakon telefilem Wanita Terindah itu sebenarnya sudah lama menjalinkan persahabatan bersama Rizman, malah kerapkali keluar bersama iaitu sejak beliau belum mendirikan rumah tangga lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)