Oleh pada 25 Jun 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Azman Ahmad

    

Salam Dari Syurga merupakan sebuah telefilem Malaysia 2020 lakonan Azman Ahmad, Johan As’ari, Fauziah Nawi dan Sara Ali.

Drama ini bakal menemui penonton menerusi tayangan di saluran Astro Citra pada 27 Jun 2020.

    

pelakon salam dari syurga

Kredit foto: Instagram Azman Ahmad

    

Sinopsis

Kerana sering dipandang serong oleh orang kampung, Aman (Azman Ahmad), seorang lelaki lemah lembut nekad meninggalkan kampung halamannya.

Dia bagaimanapun pulang semula ke sana dengan niat untuk menjaga ibunya (Fauziah Nawi) yang sudah tua.

Aman kemudian berkenalan dengan Daniel (Johan As’ari), seorang anak yatim piatu yang sering ditindas masyarakat. Atas dasar simpati dan ingin membantu, Aman mengajak Daniel untuk tinggal serumah bersamanya.

Kehadiran Daniel telah mengundang rasa kurang senang Laila (Sara Ali) yang menaruh hati pada Aman.

    

sinopsis salam dari syurga

Kredit foto: Instagram Johan As’ari

    

Pelakon

Dibintangi Azman Ahmad, Johan As’ari, Fauziah Nawi, Sara Ali, serta penampilan istimewa youtuber Syahmi Sazli, Asif dan Yoe Parey .

      

Baca: Biodata Pelakon Fauziah Nawi

Baca: Biodata Pelakon Sara Ali

Baca: Biodata Pelakon Syahmi Sazli

Baca: Biodata Pelakon Asif

Baca: Biodata Pelakon Yoe Parey

    

syahmi sazli 394

Kredit foto: Instagram BamBamStudios

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Azhari Zain daripada produksi Arie Zaharie Production, AA Success Entertainment dan Mindscope.

     

salam dari syurga

Kredit foto: Instagram Azman Ahmad

    

Waktu Siaran

Tayangan 27 Jun 2020 (Sabtu) pada jam 9 malam di saluran Astro Citra dan Astro Citra HD.

    

Kredit video: Salam Dari Syurga

     

Sumber:

1. Instagram Azman Ahmad

2. Instagram BamBamStudios

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)