Oleh pada 16 Nov 2017 kategori

Foto Fikry Ibrahim menghadiahkan sejambak bunga kepada peserta Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura menarik perhatian netizen.

Foto tersebut dimuat naik di laman Instagram Syura, antara lain memaparkan dua selebriti ini sedang bertentang mata sambil menguntum senyuman.

fikry ibrahim beri bunga pada syura 2

Malah menerusi kapsyen, Syura atau nama penuhnya Zuraidah Badron menyifatkan Fikry sebagai seorang jejaka yang 'sweet'!

Tidak ketinggalan, Fikry turut sama memuat naik foto mereka di akaun Instagramnya berserta ucapan terima kasih kerana penyanyi itu sudi keluar makan bersama.

fikry ibrahim beri bunga pada syura 3

Tidak dapat dipastikan apakah motif foto mesra ini dikongsikan, namun menerusi penerangan di kapsyen seolah membayangkan ia adalah gimik untuk program GV4. 

Bagaimanapun peminat dilihat tidak mengendahkan bayangan gimik tersebut.

Menerusi ruangan komen, netizen mula mengusik pasangan ini. Malah ada yang menggesa supaya mereka menjadi pasangan kekasih!

“Alamak bersemutlah telefon kita, Kak Syura. Macam sesuai saja. Ada apa-apa ke tu. ‘By the way, have a nice day’ kak Syura,” - @tasya_wanie

“Senyum sampai ke telinga lah awak abang Fikri. Untung lah,” -@ putraarjuna82

“Inilah orang kata jodoh depan mata, #sepadan @syurabadron,” - @dy_rsswah

“Tenung lama-lama nanti jatuh cinta hihi,”-@muhainiprawira

Kredit foto: Instagram Syura & Instagram Fikry Ibrahim




Hakcipta iluminasi.com (2017)