Oleh pada 25 Feb 2018 kategori

apa yang tidak kena pada syura

Kredit foto: Mstar

Penyanyi Syura Badron, 32, menepis dakwaan malas berusaha hingga karier seninya bertambah suram.

Jujurnya, kata Syura, dia sudah merencana pelbagai usaha sejak menjuarai Masterchef Selebriti musim kedua lagi iaitu pada tahun 2013.

"Selepas menang Masterchef Selebriti 2, saya ada hasilkan dua single yang dicipta komposer berpengalaman dan dikenali ramai.

"Saya pertaruhkan single Aku Cinta ciptaan Ajai bersama Awi Rafael dan Gantung hasil gubahan sepenuhnya Edry KRU.

"Namun, saya akui dua single itu kurang promosi termasuk jarang berkumandang di radio, maka akhirnya sepi begitu saja," katanya.

Ekoran itu, Syura akui berasa sedih mengenangkan dua single yang dilancarkan tidak meraih perhatian sewajarnya daripada peminat muzik tanah air.

"Apapun, saya tegaskan tidak pernah berasa putus asa apatah lagi, enggan meneruskan usaha. Saya tetap akan muncul dengan single baru.

"Namun, tidaklah dilakukan secara terburu-buru untuk single baru nanti kerana saya akan pastikan perancangannya betul.

"Antara akan dirancang dengan teliti ialah pilihan single yang tepat, sesuai dengan vokal, muzik 'catchy' dan dilancar pada masa yang betul," katanya.

Mengenangkan karier yang kini diurus secara sendiri, Syura komited lebih selektif dalam merencana perancangan yang tepat.

Beliau yang mencipta nama dalam bidang hiburan seangkatan penyanyi popular, Siti Nordiana, kini bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak.

Menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) pada tahun lalu dilihat gagal menghangatkan semula karier nyanyiannya kerana sehingga kini kelihatan seperti tiada hala tuju.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)