Oleh pada 20 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Syura

Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura Badron kini tampil dengan single rancak terbaru berjudul Ego.

Lagu yang mengetengahkan melodi reggaeton itu merupakan percubaan sulung beliau dalam bidang penciptaan lagu dan lirik, manakala produsernya, Zimi Sofazr pula memegang peranan sebagai penggubah muzik.

Berbeza dengan genre balada yang kebiasaan dibawakannya, pemilik nama Zuraidah Badron, 32, ini mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk menampilkan kelainan.

lirik lagu ego syura badron 2

Kredit foto: Instagram Syura

"Selepas terbabit dalam program Master Chef, saya pernah keluar dengan dua lagu. Namun, kedua-duanya gagal meraih perhatian. Ketika itu, mereka kata saya perlu lagu yang lebih segar.

"Ketika dalam Gegar Vaganza, saya membawakan lagu balada kelihatan seperti biasa tetapi apabila saya menyanyikan lagu pop, sambutan penonton jadi lain.

"Saya juga pernah dinasihatkan oleh Datuk Ramli MS agar saya cuba membuat kelainan dalam kerjaya," katanya.

Rentak Ego yang masih kuat memegang nuansa pop itu membawa penceritaan kisah pasangan bercinta yang dalam masa sama dikuasai sikap ego.

"Saya sendiri terkejut kerana dalam setengah jam sudah siap liriknya," katanya.

Syura bagaimanapun meluahkan rasa terkilan kerana kecaman segelintir netizen yang seolah tidak dapat menerima eksperimentasi yang cuba dibawakan.

"Sekarang, saya muncul dengan lagu di luar zon selesa, lain pula ceritanya hingga sanggup hina ia lagu bodoh. Ia membuatkan saya berasa sangat kecewa.

"Saya jenis yang suka baca komen. Malah, saya okey saja kalau nak kritik atau tegur, tetapi bukan dengan cara sebegitu. Tak suka tak ada masalah, tetapi jangan hina. Artis bukan badut. Kami pun manusia biasa macam anda juga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ego telah dipilih sebagai lagu tema bagi drama, Mimpi Sabrina yang bakal menghiasi slot Samarinda di saluran TV3. 

Hello

Engkau fikir engkau siapa

Datang pergi bagai raja

Hello

Kau fikir aku yang punya

Menjalar rasa ego di jiwa

              

Apa ku buat ku salah

Yang kau buat tak salah

Lagak macam hakim dalam mahkamah

             

Setiap ku bicara

Tak satu pun kau kisah

Aku bosan engkau ego

Engkau ego

              

Cukup kini aku sedar semula

Kau tak akan bisa berubah sudah

Tutup semua kata-kata

Forget me baby pergilah saja

               

Sumber berita:

1. Kosmo

2. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)