Kredit foto: Instagram Fikry Ibrahim

Aktor Fikry Ibrahim mula mengubah jalan hidupnya selepas mengenali seorang ustaz yang digelar 'Abang Surau'.

Pun begitu, pelbagai dugaan terpaksa dilaluinya dalam menuju ke arah hidup yang lebih baik.

Biar apapun halangan, Fikry menguatkan tekadnya dan pendirian demi mencari erti kesempurnaan dalam hidup.

Kisah penghijrahan Fikry ini didedahkan dalam drama terbaharu berjudul Kerna Syurga Bukan Percuma. 

Menerusi drama bersiri ini, Fikry memegang watak Khai yang pada awalnya adalah seorang samseng di sekolah.

Namun, dalam masa yang sama, jauh di sudut hati dirinya ingin mengubah kehidupan secara perlahan-lahan.

Bagaimanapun, dia juga perlu akur dengan tentangan masyarakat yang meletakkan tanggapan serong pada manusia yang mempunyai latar belakang hitam.

Dalam kekeliruan mencari hala tuju, seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Abang Surau' datang membimbingnya ke arah kebaikan. 

Malah kembara hidupnya itu turut membawa kepada pertemuan dengan seorang wanita, Elfira Loy yang memegang watak sebagai Soleha.

Drama Kerna Syurga Bukan Percuma bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Oasis dan Maya HD.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)