Oleh pada 14 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fikry Ibrahim & Instagram Zizan Razak

Pelakon dan pelawak Zizan Razak memberi 'amaran' pada aktor yang semakin meningkat naik, Fikry Ibrahim.

Sebelum ini, Fikry, 24, menjelaskan dia memohon kebenaran daripada Zizan untuk bersanding dengan aktres Mira Filzah.

"Zizan Razak pinjam sat na," tulis Fikry dalam kiriman Instagram berkenaan.

zizan beri amaran pada fikry ibrahim 2

Kredit foto: Instagram Fikry Ibrahim

Ia bagi menjayakan sebuah babak dalam drama rantaian Rahsia Hati Perempuan, siaran episod ke-17 pada malam Isnin.

Drama arahan Michael Ang itu turut dibintangi Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Ziha Salleh, Duerra Mitilda, Redzwan Adha dan Shah Faris.

Selepas pertanyaan berkenaan diajukan ke atas pelawak popular yang sering terpalit spekulasi hubungan intim dengan Mira ini, beliau tampil memberikan kenyataan balas yang berbaur 'amaran'!

"Hang jangan kasi dia nangis ja. Kalau dia nangis lagi siap hang," komen Zizan bersahaja.

Rata-rata netizen nyata terhibur dan menyifatkan perbualan mereka sebagai kelakar dan mencuit hati.

Foto yang dikongsi Fikry pada dua hari lalu itu sehingga kini telah meraih lebih 84,000 tanda suka bersama hampir 900 komen pengikut laman sosial berkenaan.

Ia hanya kenyataan gurauan mereka di media sosial.




Hakcipta iluminasi.com (2017)