selepas elyana syura pula umum alami penyakit misteri

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Selepas tersingkir daripada program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura mendedahkan dia mengalami penyakit misteri sewaktu berada di negara Indonesia untuk menjalani proses rakaman lagu, beberapa bulan lalu.

Penyakit itu menyebabkan dia muntah secara berterusan, mengalami sakit kepala yang kronik dan kehilangan suara.

"Beberapa bulan yang lalu saya ada pergi ke Indonesia untuk merakam lagu terbaru.

"Ketika perjalanan nak ke sana, badan saya dah rasa tak berapa sihat. Saya muntah-muntah sebanyak tiga kali di atas kapal terbang.

"Sampai hotel pun saya muntah lagi. Rasa kebas sebelah badan. Kerap sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara setiap pagi," katanya memetik portal Mstar Online.

Syura ditemui pada konsert separuh akhir GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Ibu kepada Nurul Dania Irdani, 10, Nurul Qaisara Sofea, 8 dan Muhammad Irfan Aryan, 6, ini berkata, awalnya dia tidak terlalu memikirkan penyakit itu kerana beranggapan ia sekadar sakit biasa.

Namun selepas penyertaan di GV4, berat badannya turun secara mendadak sebanyak 12 kilogram tanpa punca yang diketahui.

"Pada mulanya saya rasa biasa sahaja bila diserang penyakit itu. Tapi semakin pelik bila saya masuk GV4, berat badan saya menurun.

"12 kilo hilang tanpa sebab. Nak kata saya tak makan, saya makan saja macam biasa," ujarnya.

Susulan itu, beliau dalam perancangan untuk berubat secara tradisional dalam tempoh terdekat.

"Saya ada terserempak dengan Datuk Fadzilah Kamsah beberapa minggu yang lalu. Dari jauh dia panggil untuk bertanya mengenai keadaan saya.

"Secara tiba-tiba dia boleh tahu yang saya sakit. Malah, dia tidak berhenti kata seram melihat saya seperti ada sesuatu.

"Sejak dari itu, saya terfikir kemungkinan memang ada benda yang menganggu. Saya memang ada rancangan nak berubat, Insya-Allah dalam masa terdekat," kata Syura.

Sumber berita: Mstar 

tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)