Kredit foto: Instagram Fikry Ibrahim

Aktor Fikry Ibrahim akhirnya mampu meneruskan pengajian yang tertangguh di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam selepas sekian lama jadualnya penuh dengan tawaran persembahan, lakonan dan kelas dalam bidang pengiklanan.

Dedah Fikry, sebelum ini dia berkorban masa untuk kerjaya seni termasuk penyertaan dalam rancangan realiti Lawak Solo, September tahun lalu di mana meletakkannya sebagai pemenang tempat ketiga.

Ia disusuli penggambaran drama Hero Seorang Cinderella (HSC) yang memperkenalkan namanya sebagai pelakon. 

Sudahnya dia bersyukur apabila mampu melangsaikan pengajian berbaki di menara gading.

"Selepas tamat penggambaran drama HCS, saya ambil masa dua minggu untuk berehat melepaskan lelah. Selepas itu, saya terima tawaran berlakon sebuah telefilem pula.

"Hampir dua bulan lebih kini saya dapat sambung baki semester yang tertangguh itu. Alhamdulillah ia berbaki lebih setahun lagi untuk disempunakan.

"Selesai komitmen itu, saya sambung belajar. Hampir dua bulan lebih kini saya dapat sambung baki semester yang tertangguh itu. Alhamdulillah ia berbaki lebih setahun lagi untuk disempunakan.

"Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menamatkan pengajian... Lega rasanya," katanya menurut laporan portal BH Online.

Malah, ketika menyambung semula pengajian, Fikry sempat berlakon dalam drama Kerna Syurga Bukan Percuma, siaran 24 episod di saluran Astro Oasis bermula 6 November ini.

fikry ibrahim sambung belajar 2

Kredit foto: Instagram Fikry Ibrahim

Ia merupakan pengalaman pertama gandingannya dengan aktres Elfira Loy dalam produksi lakonan.

"Elfira sangat 'sempoi'... Boleh tahan juga gelagatnya suka menyakat saya. Tapi dia tak lokek berkongsi ilmu atau apa saja yang diketahuinya," katanya lagi.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)