Kredit foto: Instagram Fathia Latiff
Aktres Fathia Latiff mengakui berasa seperti dipermain-mainkan apabila wataknya dalam sebuah program bual bicara digantikan oleh pelakon Siti Elizad.
Fathia berkata, dia terlebih dahulu sudah bersiap dengan pakaian meskipun lambat ke lokasi.
"Memang salah saya tapi bila dah sampai mereka suruh saya tukar baju kurung. Sepatutnya saya dapat watak Elizad itu.
"Tiba-tiba mereka batalkan tapi tak apa. Saya tak ada masalah dengan itu. Tapi sedihlah sebab mereka bagi alasan.
"Saya sampai pukul 8 malam dah siap tukar baju kurung dan tudung labuh. Kemudian suruh tukar balik baju arab. Rasa dipermainkan. Tapi tak apa, semoga Allah merahmati anda," kata Fathia dalam sebuah video Instagram secara langsung pada malam Jumaat.
Difahamkan, pelakon drama Bencinta ini telahpun menghapuskan video berkenaan beberapa jam kemudian.
Menerusi laporan sebuah portal hiburan, Fathia dikatakan hanya tiba di lokasi program tersebut selepas jam 8 malam sedangkan dijadualkan tiba pukul 3 petang.
Malah pihak produksi lega kerana aktres Siti Elizad sanggup menjadi bidan terjun bergelar pelakon ganti di saat-saat akhir.
Sementara itu, Fathia menerusi video sama memberitahu dia mempunyai mesej yang hendak disuarakan kepada rakyat Malaysia berhubung isu yang diperkatakan.
Namun, belumpun sempat menyampaikan mesej itu, dia mendapat arahan untuk menunggu di belakang pentas sebelum akhirnya pihak produksi membatalkan kemunculannya.
"Mereka hanya minta saya tunggu segmen 5. Saya tanya mana fon telinga tapi mereka suruh tunggu.
"Saya duduk dekat belakang dan tunggu saja sebab ada mesej nak sampaikan untuk orang ramai. Ia satu mesej yang bagus untuk rakyat Malaysia.
"Tapi tiba-tiba mereka batalkan tanpa beritahu awal," katanya lagi.
Sumber berita: Mstar