Oleh pada 23 Dec 2017 kategori

Ruangan gosip Miss K di portal Astro Gempak mendedahkan kenyataan seorang sumber yang sangsi dengan jawapan dikeluarkan aktres Fathia Latiff berhubung kontroversi fotonya yang tidak bertudung.

Sumber tersebut menayangkan beberapa keping foto lelaki dikenali sebagai Shahrizan yang memakai baju sama seperti dalam fotonya bersama Fathia - yang didakwa aktres itu sebagai foto lama.

“Kau rasa apa Miss K? Throwback masa free hair sebelum April 2016 ke atau throwback beberapa hari lepas?

fathia berbohong foto buka tudung bukan gambar lama 2

fathia berbohong foto buka tudung bukan gambar lama 3

“Dekat Instagram Shahrizan tu, ada posting ‘happy birthday to me’, tapi tarikhnya adalah pada 13 Disember yang lepas.

fathia berbohong foto buka tudung bukan gambar lama 4

“Jadi kalau Fathia dan Shahrizan tulis hashtag gambar tu gambar throwback, maksudnya tu throwback beberapa hari lepas atau throwback beberapa tahun lepas?

“Hairan betul aku ni Miss K sebab posting Shahrizan memakai baju sama berwarna merah seperti dalam fotonya bersama Fathia adalah pada 4 hari lalu.

fathia berbohong foto buka tudung bukan gambar lama 5

fathia berbohong foto buka tudung bukan gambar lama 6

Screen shot sebagai bahan bukti mesti kena ada Miss K. Takkanlah aku nak main tuduh dan serkap jarang je. Aku nampak, aku screen shot, aku tanya. Okay kan macam tu?” kata sumber yang juga merupakan kawan Miss K itu, dikenali sebagai Sheena.

Terdahulu, Fathia menjadi tumpuan selepas memuat naik sekeping foto memaparkannya memakai topi sambil mendedahkan rambut perang.

Netizen mempertikaikan tindakannya yang didakwa sudah kembali kepada imej asal.

Bagaimanapun dalam ruangan kapsyen beliau menjelaskan, foto itu hanyalah gambar lama, 'throwback'.

Dalam pada itu, Miss K berkata, dia berfikiran positif bahawa Fathia yang sedang menguruskan perniagaan tudung itu, tidak tergamak melakukan perlakuan sedemikian. 

"Selepas Miss K letak telefon, Miss K mula sangsi. Miss K memang tak dapat siasat kerana jawapan sebenar ada pada Fathia.

"Mengambil jalan mudah, Miss K nak fikir positif je. Mungkin gambar tu memang gambar lama sebab Fathia ada perniagaan tudung Dara by Fathia Latiff, takkan dia tiba-tiba nak tanggalkan tudung kan?" akhiri Miss K dalam laporannya.

Sumber berita & Kredit foto: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)