Oleh pada 22 Dec 2017 kategori

Aktres Fathia Latiff meleraikan tanda tanya segelintir pihak susulan gambar tidak bertudung yang dimuat naiknya di laman Instagram semalam.

Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 30, turut memanjatkan kesyukuran dengan perubahan yang ada pada dirinya kini.

"Saya masih ingat hari saya berdoa untuk perkara yang saya ada sekarang. Syukur," katanya dalam kiriman di laman sosial itu mengenai dakwaan dia membuka hijab.

akhirnya spekulasi fathia kembali buka tudung terlerai 2

Dua hari lalu, Fathia menjadi tumpuan selepas memuat naik sekeping foto memaparkannya memakai topi sambil mendedahkan rambut perang.

Netizen mempertikaikan tindakannya yang didakwa sudah kembali kepada imej asal.

Bagaimanapun dalam ruangan kapsyen beliau menjelaskan, foto itu hanyalah gambar lama, 'throwback'.

Malah, menerusi Instagram lelaki yang bersamanya dalam foto itu, @shahrizanboy turut meletakkan tanda pagar 'throwback'.

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)