Oleh pada 17 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Aktres Fathia Latiff digugurkan daripada drama la Luna oleh syarikat produksi TenView Sdn Bhd kerana didakwa tidak memberikan komitmen.

Menurut penerbitnya, Norazah Sahud, penggambaran drama itu yang dirancang bersambung pada 14 September lalu di Johor Bahru terpaksa ditunda gara-gara Fathia datang ke set penggambaran dalam kedaaan tidak terurus.

Penggambaran drama ini sudah bermula sejak dua minggu lalu di ibu kota, sebelum bersambung di JB. Sepanjang penggambaran di Kuala Lumpur, Fathia tidak menimbulkan sebarang masalah besar. Penggambaran di JB sepatutnya bermula bermula jam 9 pagi kelmarin, tetapi Fathia meminta supaya jadual dianjakkan kepada tengah hari. Kami sedia bertolak ansur dan memenuhi permintaannya. Masalah timbul apabila dia tiba dalam keadaan tidak bermaya menyebabkan penggambaran terpaksa ditunda. Kami cuba berdiplomasi dan masih memberinya peluang tetapi terkilan apabila dia gagal pula hadir ke lokasi penggambaran, semalam tanpa sebarang alasan.
Sumber: BH Online

Terdahulu, Fathia mencetuskan kontroversi apabila didakwa muncul dalam sebuah video di aplikasi Bigo Live yang memaparkan aksi "panasnya" bersama seorang lagi pelakon baru, Natasha Elyzza.

Pun begitu, Natasha memberitahu wanita yang bersamanya itu bukanlah Fathia.

Bagaimanapun, sebuah lagi rakaman lain tersebar hingga memaksa Natasha untuk tidak memberi sebarang komen.

punca fathia latiff digugurkan produksi drama 2

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Dalam pada itu, mengenai penyingkiran Fathia daripada produksi la Luna, Norazah bercadang untuk mengambil pelakon lain sebagai ganti.

Dia juga bersedia untuk membawa kes itu ke muka pengadilan sebagai peringatan buat aktres tersebut.

Dengan apa yang berlaku, ia menyusahkan kami dan sebagai pengajaran, kami sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Ketika ini, penggambaran terpaksa ditangguhkan dan hanya akan disambung semula Selasa ini.
Sumber: BH Online

Tambah Norazah, mereka telahpun melakukan perbincangan tentang pemilihan Fathia sebagai pelakon sejak enam bulan lalu.

Malah, aktres itu telah menyatakan persetujuan untuk memberikan komitmen dengan baik.

Awal pembabitannya dalam produksi juga berjalan dengan lancar sehinggalah penggambaran beralih di Johor Bahru, segalanya berubah.

Saya pada mulanya agak ragu untuk menawarkan Fathia watak itu, tetapi selepas diyakinkan pengurus produksi, Kam Abdul Manap, saya bersedia memberinya peluang. Semua berjalan dengan baik pada awal, tetapi lain pula yang terjadi apabila penggambaran diteruskan di JB.
Sumber: BH Online



Hakcipta iluminasi.com (2017)