Oleh pada 21 Dec 2017 kategori

Kredit foto: klick.my

Panas dengan pelbagai kontroversi hangat sepanjang tahun 2017, aktres Fathia Latiff sekali lagi menjadi tumpuan selepas memuat naik sekeping foto mengejutkan di laman Instagram, tengahari tadi.

Mana tidaknya, menerusi foto tersebut Fathia berada dalam keadaan tidak bertudung sambil ditemani seorang jejaka di sebelahnya.

Bagaimanapun, dalam ruangan kapsyen beliau menjelaskan, foto itu hanyalah gambar lama, 'throwback'.

fathia buat hal lagi muat naik foto tak bertudung 2

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempertikaikan tindakannya yang dilihat seperti sengaja mencari perhatian dan kontroversi.

Antara komen netizen berbunyi:

@intanzlkha: Mana lah Dira tak kecam dia ni.

@jasminnatasha: Throwback guys. Jangan over sangat cari salah orang.

@muhdazeem7: Dah tak pakai tudung ke Fatiya Latiff?

@nnakma: Throwback pun berbatas lah, (ops cakap saja jangan terasa).

@rosainita: Kat IG Fathia pun gambar ini juga, tak pakai tudung.. Entah!

@norazierahussien: Saya bukan nak menghakimi awak. Kalau awak betul dah berubah iaitu berhijab, awak tak patut pos gambar awak yang tak berhijab dulu. Sebab itu aurat, dan berdosa. Jika awak tahu lah, awak tak akan buat itu. Awak artis, ramai yang akan ambil tahu pasal awal kalau awak buat apa-apa. Banyak mulut akan bercakap. Jadi saya harap kalau berubah, betul-betul berubah ok. Esok lusa kita tak tahu apa penamat hidup kita ini.

@nureisya: Freehair dah.

@sosejjjj: Dia ni tak perlu nasihat. Kena azan kan saja kuat-kuat dekat telinganya.

@syirazam: Cantik rambut.

Menerusi tinjauan terkini kami mendapati aktres ini telahpun menutup ruangan komen dalam kiriman tersebut.

Malah Fathia tidak memberikan sebarang kenyataan balas terhadap isu itu. 

Sumber berita: Beritamemey




Hakcipta iluminasi.com (2017)