Oleh pada 18 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff & Utusan Online

Ramai pihak nyata terkejut dengan kenyataan dimuat naik penerbit drama popular, Fadzil Teh di laman sosial berhubung kesediaannya bekerjasama dengan aktres sensasi Fathia Latiff.

Mengimbas episod panas lalu, Fathia pernah mencetuskan masalah ketika membintangi drama Matilah Nak hingga timbul ketegangan antara syarikat produksi dan pihak stesen televisyen.

Lain pula kisahnya kini bila Fadzil secara terbuka mengatakan dia 'okey' untuk mendapatkan Fathia sebagai salah seorang pelakon dalam drama terbaharunya terbitan syarikat tersebut.

Kepada Harian Metro, Fadzil mengatakan sememangnya pihaknya tidak mempunyai krisis dengan Fathia melainkan apa yang dilalui sebelum ini hanyalah salah faham dalam komunikasi.

“Hal yang timbul bukanlah perkara besar dan tiada kaitan dengan disiplin kerja. Perkara timbul adalah masalah komunikasi antaranya dan pasukan kerja.

“Seperti umum tahu, Fathia agak emosi tetapi apabila okey dia akan memberikan komitmen penuh,”€ katanya.

Berhubung situasi Fathia yang sudah diterima kemunculannya dalam mana-mana stesen TV, Fadzil mengiyakan perkara itu.

kenyataan fadzil teh tentang fathia latiff mengejutkan ramai pihak 2

Kredit foto: Instagram Fadzil Teh

“€Sebaik pemerintahan negara berubah, ada pegawai di stesen TV memberitahu mereka sudah tiada halangan untuk pihak saya melamar Fathia berlakon dalam drama dihasilkan untuk mereka.

"Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dilakukan disebabkan penggambaran sudah bermula namun Fathia mungkin terbabit dalam projek baru produksi saya untuk stesen itu nanti,”€ katanya.

Bahkan, sebuah stesen TV mengakui tidak meletakkan halangan kepada mana-mana syarikat produksi untuk mengambil aktres itu bekerja.

Hanya yang menjadi kebimbangan sekiranya pelakon itu menimbulkan masalah hingga menjejaskan jadual penggambaran yang seterusnya menyebabkan produksi tidak berjaya memenuhi tarikh tayangan yang ditetapkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)