Oleh pada 22 Sep 2017 kategori

sah zahirah macwilson ganti fathia latiff

Kredit foto: Instagram Zahirah MacWilson & Instagram Fathia Latiff

Pelakon Zahirah MacWilson akhirnya diberi ruang untuk menggantikan watak lakonan asal Fathia Latiff dalam drama La Luna.

Perkhabaran itu disahkan sendiri oleh penerbit TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud.

Menurut Norazah, Zahirah dipilih atas perbincangan bersama pihak produksi, selain mendapat sokongan daripada stesen RTM.

Ya, watak Luna yang sebelum ini dilakonkan oleh Fathia Latiff digantikan oleh Zahirah MacWilson. Kami berharap agar penggambaran drama ini akan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Sumber: Mstar

Sebelum ini, Fathia menimbulkan kontroversi apabila wakil produksi La Luna mendakwa pelakon itu mempunyai masalah disiplin di lokasi penggambaran.

Susulan itu, Fathia digugurkan daripada membintangi drama tersebut.

Dalam pada itu, penggambaran babak yang melibatkan Fathia akan dilakonkan semula oleh Zahirah.

Drama La Luna antara lain turut membariskan pelakon Azrel Ismail, Afiq Muiz dan Alisya Sandha. Di bawah arahan sutradara Liza Ismail.


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)