Oleh pada 24 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Michael Ang & Instagram Fathia Latiff

Sutradara Michael Ang antara yang tidak ketinggalan memberikan pendapat berkenaan isu video panas aktres Fathia Latiff di aplikasi Bigo Live.

Bagaimanapun Michael mempunyai persepsi yang jelas berbeza kerana menganggap Fathia layak mendapat kemaafan daripada rakyat Malaysia susulan pengakuan yang telah dibuatnya.

Malah dia menghargai tindakan Fathia yang berani berterus-terang dan tidak melarikan diri daripada masalah.

Michael menyeru netizen supaya mendoakan agar aktres berkenaan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. 

aksi hangat fathia latiff di bigo live ini komen michael ang 2

Kredit foto: Instagram Michael Ang

Ok jumpa makcik ni di set. Dia dah mengaku dan rasa bersalah dan ingin memperbaiki diri. Kita maafkan dan doakan untuk dia agar benda-benda bodoh seperti ini tak terjadi lagi

Kenyataan tersebut dibuat Michael menerusi laman Instagram.

Kiriman itu turut disertakan dengan swafoto bersama Fathia diikuti hastag #staystrong, #everyonemakemistake dan #atleastmengakudarilari.

Terdahulu, dua video yang memaparkan tarian seksi Fathia bersama seorang lagi pelakon, Natasya Elyzza menjadi tular di laman sosial.

Susulan itu, Fathia membuat permohonan maaf secara terbuka dan memberitahu dia tidak menyedari video rakaman itu dimuatkan dalam aplikasi Bigo Live yang mana boleh diakses oleh umum. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)