Oleh pada 26 Jul 2017 kategori

farahdhiya terima gangguan seksual remaja 16 tahun 1

Kredit foto: Instagram Farahdhiya

Penyanyi Faradhiya mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa gangguan seksual di laman Instagram.

Menurut Farahdhiya, ada individu tidak bertanggungjawab menghantar foto lucah kepadanya hingga membuatkannya hilang sabar.

Ini berikutan gangguan yang diberikan dibuat berulang kali tanpa rasa segan dan takut.

Lebih mengejutkan, apabila disiasat individu berkenaan hanyalah seorang remaja lelaki yang baru berusia 16 tahun.  

farahdhiya terima gangguan seksual remaja 16 tahun 2

Kredit foto: Instagram Farahdhiya

Memang geram dan sakit hati sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar sedemikian pada saya. Takde rasa hormat langsung! Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi ada yang lebih berani menggunakan akaun peribadi dan mengambil gambar tak senonoh menampakkan sebahagian dari alat sulit dan muka mereka. Apa tak ada perasaan malu ke?

Sumber: Mstar

Sunggupun begitu, Farahdhiya tidak mahu mengambil tindakan susulan atau membuat laporan polis kerana merasakan tindakan menyekat lelaki berkenaan di laman Instagram sudah memadai.

Penyanyi itu berasa bimbang kerana kes cabul dan rogol yang semakin berleluasa kebelakangan ini.  


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)