farahdhiya ke peringkat antarabangsa rakam lagu inggeris dengan dj luar negara

Kredit foto: Instagram Farahdhiya

Penyanyi Farahdhiya memberitahu dia baru selesai menjalani proses rakaman lagu berbahasa Inggeris bersama seorang DJ dari luar negara.

Lagu tersebut bakal dimuatkan dalam sebuah album kompilasi bertaraf antarabangsa.

Selain Faradhiya, album itu juga dijayakan penyanyi-penyanyi lain dari serata dunia.

"Projek khas ini membabitkan kerjasama satu dunia dan ini pertama kali saya merakamkan sebuah lagu berbahasa Inggeris dengan seorang DJ dari luar negara.

"Ia bukan lagu balada dan pertemuan saya dengan DJ itu menerusi rekomendasi kawan-kawan rapat saya.

"Insya-Allah ia akan ke peringkat antarabangsa dan lagu itu sudah dirakamkan minggu lepas," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Faradhiya membuat kenyataan tersebut di Majlis Sidang Media Teater Bahara Emas yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara artis tempatan lain yang terlibat dalam kerjasama album itu termasuk penyanyi lagenda Datuk Zainal Abidin.

Mengenai teater Bahara Emas terbitan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), ia dibuat untuk meraikan ulang tahun SPRM yang ke-50.

Farahdhiya bakal menggalas peranan sebagai Tun Fatimah dalam karya di bawah arahan Rosminah Tahir itu.

Pementasan dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

Turut membintangi Bahara Emas ialah pelakon Izzue Islam, Amar Asyraf, Esma Daniel, Mardiana Alwi, Datuk Jalaluddin Hassan dan 40 pelakon tambahan.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)