Oleh pada 07 Jan 2018 kategori

farahdhiya naik angin

Kredit foto: mybuletinmalaysia.blogspot.my

Meskipun mengumpul pelbagai jenis koleksi kuali, penyanyi Farahdhiya lebih gemar menggunakan kuali buruk kegemarannya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu berkata, dia menggunakan kuali buruk sewaktu memasak bukanlah bermakna dia tidak mampu membeli kuali lain.

"Itu kuali kegemaran saya, bukan sebab tidak boleh beli kuali lain, macam-macam kuali saya ada, u name it.

"Saya seorang pengumpul kuali tapi yang buruk ini juga kegemaran saya," jelasnya.

Beliau membalas komen netizen di laman Instagram yang mempertikaikan kuali yang digunakannya ketika memasak.

Terdahulu, Farah memuat naik video aksi memasak Ayam Sambal untuk hidangan makan malam, bagi memenuhi permintaan bapanya. 

Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata, penggunaan kuali buruk langsung tidak memberikan masalah buatnya setiap kali memasak untuk keluarga.

"Kuali buruk tidak melambang apa-apa, yang penting dapur berasap, jangan hanya pandai menilai," tegasnya.

Katanya, dia berasa pelik dengan sikap netizen yang gemar mengkritik perkara yang tidak sepatutnya.

"Jika tidak suka pakai kuali buruk itu adalah masalah awak. Pelik betul manusia macam awak ni, kuali orang pun nak sibuk," katanya lagi. 

Sumber berita: Mstar 

tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)