Oleh pada 02 Nov 2017 kategori

buli dan gangguan seksual terhadap hazami nabil dikecam 1

Kredit foto: Mstar

Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila tampil dengan gurauan yang dianggap keterlaluan.

Hos itu dikatakan memberi gangguan seksual kepada penyanyi Hazami sewaktu berlangsungnya konsert Gegar Vaganza musim keempat Ahad lalu.

buli dan gangguan seksual terhadap hazami nabil dikecam 2

Kredit foto: Beautifulnara

Ia merujuk kepada adegan sentuhan pada bahagian leher penyanyi itu yang dilakukan ketika juri sedang memberikan kritikan.

Malah wajah penyanyi lagu Mungkir Bahagia ini juga jelas kelihatan berang, lantas memarahi Nabil kerana usikan yang dianggap melampau.

Hal itu disedari rata-rata netizen yang menonton siaran konsert sulung program realiti berkenaan.

Ramai berpendapat tindakan Nabil seperti biadap dan tidak profesional.

Tak kurang sesetengah pihak menyifatkan dirinya sebagai hos bertaraf rendah kerana menggunakan jenaka murahan untuk meraih ketawa penonton.

buli dan gangguan seksual terhadap hazami nabil dikecam 3

buli dan gangguan seksual terhadap hazami nabil dikecam 4

Kredit foto: Beautifulnara 

tags : , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)