Oleh pada 01 Oct 2021 kategori

Kredit: Instagram @ayunieso_

 

Menerusi Instagram, Ayunie iaitu adik kepada bekas pembantu peribadi Dato' Seri Vida, Iqbal Zulkefli, berkongsi kisahnya berjaya memiliki sebuah kereta mewah dengan menjalankan perniagaan susu dalam tempoh 6 bulan.

 

"Ya, saya berjaya membeli sebuah kereta mewah iaitu Lamborghini pada usia 19 tahun.

 

"Saya bukan tunjuk apa saya miliki untuk membuktikan kekayaan saya.

 

"Saya tunjuk apa saya capai kerana ia hasil perniagaan yang dibangunkan sendiri dalam tempoh yang tidak lama," tulisnya.

  

 

Bagaimanapun, beliau menyangkal ada menggunakan wang mana-mana pihak seperti ibu bapa, harta keturunan mahupun skim cepat kaya.

 

"Saya rasa sudah cukup kaitkan saya dengan sesiapa kerana saya hanya ada diri ini dan suami sewaktu saya bangkit naik dengan perniagaan sendiri," jelasnya.

 

Dilabel segelintir netizen sebagai riak, beliau menegaskan tidak sesuka hati menunjukkan hartanya tanpa matlamat.

 

"Riak adalah apabila seseorang itu menunjuk sesuatu demi membuktikan kekayaannya.

 

"Sedangkan saya ingin menaikkan semangat pasukan saya agar mereka percaya yang saya sebagai ketua dan pengasas mampu mengajar mereka dan golongan muda di luar sana untuk berjaya," terangnya lagi.

  

 

Menjadikan dirinya sebagai contoh, perlu diakui usia muda bukan penghalang untuk mengemudi perniagaan sehingga berjaya dan mencapai impian.

 

"Jika saya boleh melakukannya, begitu juga anda. Percaya pada proses kerana rezeki itu datang pada mereka yang berusaha, bukan pada mereka yang menghukum tanpa usaha," tegasnya.

 

Komen Pilihan

ayuniess1

 

"Ada beberapa perkara yang sepatutnya kita rahsiakan daripada pengetahuan orang ramai iaitu umur, hal ehwal keluarga dan harta," tulis seorang pengguna Instagram.

 

Sumber: Instagram Ayunie 




Hakcipta iluminasi.com (2017)