Saban tahun, statistik kemalangan jalan raya semakin membimbangkan. Terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh kerajaan antaranya Ops Sikap dan pemasangan kamera AES.
Ops Sikap (Operasi Sikap) selalunya diadakan pada musim perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya) dimana kadar kemalangan semakin bertambah. Sementara itu, sistem AES (Automatik Enforcement System) pula adalah sistem pengesanan kesalahan menggunakan kamera dan buat masa ini ianya digunakan untuk merakam kesalahan memandu melebihi had laju melanggar lampu isyarat.
BESARKAN TEKS A- A+
Setelah beberapa kali ditangguh, kerajaan telah mengumumkan bahawa sistem KEJARA dan AWAS akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2017.
AWAS
1. AWAS adalah akronim atau singkatan bagi Automatic Awareness Security System atau dalam bahasa Melayunya Sistem Keselamatan Kesedaran.
2. Sistem AWAS adalah gabungan antara sistem KEJARA dan AES yang sedia ada.
KEJARA
1. Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya atau KEJARA adalah sistem di mana setiap kesalahan jalan raya dilakukan oleh pemandu akan diberikan mata demerit.
2. Terdapat 3 peringkat. Untuk 20 mata dimerit pertama, pemandu akan diberi amaran. Untuk 20 mata berikutnya, lesen pemandu boleh digantung. Untuk 20 mata berikutnya (yang ketiga), lesen memandu boleh dibatalkan.
3. Walaubagaimanapun, mata demerit ini boleh berkurangan dengan sebab-sebab berikut:
- 50% pengurangan mata dimerit sekiranya tiada kesalahan dalam tempoh 1 tahun.
- Mata dimerit dihapuskan sekiranya tiada kesalah dalam tempoh 2 tahun.
Buat masa ini, hanya 2 kesalahan yang tertakluk dengan sistem ini iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Walaubagaimanapun, lebih banyak kesalah trafik dan jalan raya yang akan ditambah ke dalam sistem ini pada masa hadapan.
Di bawah kedua sistem ini juga, pemandu yang gagal menjelaskan saman tidak akan dibenarkan memperbaharui lesen. Di harapkan dengan pengenalan dua sistem baru ini dalam memberi kesedaran kepada pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.