Oleh pada 17 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Erra Fazira & bintang.com

Aktres Erra Fazira menegaskan akan kesediaannya untuk menggalas tugas sebagai juri jemputan AF Megastar sekiranya diundang.

Menurut Erra, pilihan itu dibuat atas dasar profesionalisme sebagai seorang selebriti yang sanggup mengenepikan unsur peribadi dalam karier.

Bagaimanapun, pelakon drama My Darling Inspektor Daniel itu sebolehnya mahu mengelakkan situasi tersebut kerana enggan menjadi mangsa ketidakpuasan hati penonton.

dikatakan enggan jadi juri af megastar ini jawab erra fazira 2

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

Dalam hal ini sudah tentu saya harus bersikap profesional. Begitupun sekiranya pihak produksi memang benar-benar mahukan saya dan tidak ada orang lain dirasakan layak untuk duduk di kerusi juri jemputan itu, saya harus juga bersikap sama. Kalau menolak, bimbang kelak saya pula yang dikatakan tidak profesional. Saya sebaik mungkin tidak mahu perkara seperti itu berlaku.
Sumber: Harian Metro

Erra membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas tentang dakwaan pihak tertentu yang mengatakan dia enggan menjadi juri AF Megastar kerana pembabitan rakannya, Shahir sebagai peserta. 

Ketika ditanya tentang perasaan apabila namanya sering dijadikan "bahan" oleh pengacara AF Megastar sempena penglibatan Shahir, Erra akui tidak mengambil hati kerana menganggap ia adalah adat untuk memeriahkan acara.

dikatakan enggan jadi juri af megastar ini jawab erra fazira 3

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

Itukan permainan di atas pentas untuk menyemarakkan lagi situasi pertandingan. Ia hanya gurauan antara pengacara program itu dan peserta.
Sumber: Harian Metro

Malah Erra berkata, persetujuan Shahir menyertai program itu adalah atas inisiatifnya sendiri.

Dia tidak terlibat dalam keputusan yang dibuat oleh Juara Akademi Fantasia itu. Namun selepas dimaklumkan akan penyertaan beliau, sebagai kawan dia hanya mampu memberikan sokongan dan semangat.

Ini sekaligus menidakkan dakwaan yang mengatakan kemunculan semula Shahir dalam pertandingan adalah atas pujukan dan paksaannya.

Sebagai kawan apabila Shahir mengatakan dia mahu kembali aktif sudah tentu saya menyokong dengan memberikannya semangat. Saya pula ada sedikit pengalaman dan berkongsi pendapat apabila Shahir sendiri minta. Bagaimanapun tidak semestinya pendapat yang dikongsi itu akan digunakan Shahir.
Sumber: Harian Metro

Meskipun Erra dan Shahir digosipkan mempunyai hubungan cinta, namun pasangan itu tidak pernah membuat pengakuan secara terbuka kerana menyifatkan hubungan akrab yang terjalin hanya sebagai sahabat.

Terdahulu, Shahir terpilih antara 12 peserta konsert mingguan AF Megastar, selain Azhar, Bob, Adira, Idayu, Indah Ruhaila, Syamel, Amir Jahari, Sufi, Ewal, Marsha dan Amir.

Konsert AF Megastar disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)